Friday, 31 August 2012

Siri Hadis-Hadis Akhir Zaman1


Siri Hadis-Hadis Tentang Peristiwa-Peristiwa Akhir Zaman-1
UMAT ISLAM AKAN MENGIKUT
JEJAK LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الخُدْرِيِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍوَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي حُجْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ ؛ قُلْنَا: يَارَسُولَ الله (ص) اليَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: فَمَنْ؟
(رواه مسلم)
1-Pengertian Hadis
Dari Abu Said al-Khudri RH katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Riwayat Muslim no: 2669)
2-Huraian hadis
            Hadis ini meramalkan apa yang akan berlaku kepada umat Islam di akhir zaman. Mereka akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sehingga ke lubang biawak pun mereka akan mengikut kedua-dua golongan ini. Menurut Imam Nawawi (شبرا وذراعا) dan (حجر ضب) merupakan tamsil atau perumpamaan (analogy) menunjukkan permuafakatan yang amat rapat dengan idea-idea,  cara-cara atau pemikiran mereka [Syarh Sahih Muslim li Al-Nawawi (166/16)]. Ertinya mereka bersetuju dengan maksiat dan perselisihan tetapi bukan bersetuju dengan kekufuran Yahudi dan Nasrani. Menurut Imam Nawawi lagi hadis merupakan mukjizat Nabi SAW kerana apa yang dikhabarkan oleh Baginda SAW semuanya menjadi kenyataan sekarang.  
3-Peristiwa Semasa
Sekiranya kita perhatikan apa yang berlaku di kalangan umat Islam dewasa ini, kita akan dapati memang telah berlaku satu trend di mana umat Islam akan mengikut Yahudi dan Nasrani ini. Umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam segenap segi kehidupan mereka sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial atau akhlak. Bahkan umat Islam akan bersetuju, berlapang dada atau suka dengan apa-apa yang disuarakan oleh Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan mereka sekali pun dalam menangani masalah umat Islam sendiri.
Dalam soal politik umpamanya, orang Islam lebih cenderung mengikut idea-idea politik Barat daripada sirah Nabawiyyah dan sejarah tamaddun Islam. Mereka terpengaruh dengan ’kecanggihan Barat’ dalam bidang politik. Mereka merasa sekiranya mereka tidak mengikut Barat mereka akan ketinggalan dan dipandang mundur. Mereka sebenarnya telah terpengaruh dengan Fahaman Modernisme yang dicanang oleh orientalis Barat yang anti kepada Islam. Apabila runtuhnya hegemoni politik Islam dengan keruntuhan Kesultanan Turki Othmaniah, mereka semakin rancak mengobarkan fahaman mereka. Mereka mahu menguasai dunia dengan ideologi-ideologi mereka yang sesat dan menyesatkan itu.
Macamana dikatakan sesat dan menyesatkan? Ideologi atau fahaman moden sesat kerana ideologi moden meminggirkan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan mereka. Ingatlah firman Allah yang berbunyi:
وَمَن يَبتَغِي غَيرَ الإِسلاَمِ دِينًا وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الخَاسِرِينَ ()
Usaha mereka dewasa ini untuk menguasai dunia dengan ideologi mereka menjadi lebih mudah kerana anak-anak umat Islam dihantar untuk di negara-negara Barat untuk memperoleh ijazah, sarjana atau Doktor Falsafah dalam bidang tertentu. Mereka boleh meracuni minda pelajar-pelajar kita yang kita hantar belajar dibawah pengawasan mereka. Pucuk dicita ulam mendatang. Daging ayam diberikan kepada musang. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk menerapkan fahaman mereka dengan berselindung disebalik slogan yang canggih seperti ’Kemakmuran, pembangunan, kecanggihan, kemodenan dan lain-lain.
Sebenarnya tujuan penghantaran mereka belajar di sana tidak lain tidak bukan ialah untuk memanfaatkan ilmu-ilmu Barat untuk memajukan negera Islam. Tujuannya nampak baik tetapi malangnya anak-anak Islam ini tidak diajar dengan agama Islam yang kukuh sehingga mereka berasa tidak ada apa salahnya dengan ilmu-ilmu Barat ini dan mereka menelan bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh pensyarah mereka tanpa menilai kesesuaian ilmu-ilmu Barat itu dengan Islam. Inilah kesilapan pertama ibu-bapa anak-anak kita yang dihantar belajar di Barat.
Anak-anak kita yang belajar di sana memang cerdik. Mereka belajar teori-teori politik Barat dan mengambil idea-idea politik Barat semuanya sama ada yang bersesuaian dengan Islam atau pun tidak untuk mentadbir negara umat Islam. Malangnya mereka tiada asas agama yang kuat untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Ideologi-ideologi Barat seperti sekularisme, sosiolisme, komunisme, liberalisme, pluralisme, pragmatisme dan banyak lagi isme-isme sesat lain untuk diterapkan, ditanamkan dan dipaksakan ke dalam diri umat Islam untuk ditelan oleh mereka tanpa menilai sama ada isme-isme itu sesuai atau pun tidak dengan Islam. Akibatnya, lahirlah tokoh-tokoh tertentu dari kalangan umat Islam yang terpukau dengan kilauan ilmu dan kemajuan Barat sehingga mereka berasa bahawa Barat adalah segalanya.
Mereka memaksa kerangka sejarah Eropah kepada masyarakat Islam. Mereka berasakan bahawa umat Islam hanya akan maju dengan mengikut cara Eropah. Eropah menjadi sekular dengan menolak kristianity, mereka juga berasakan umat Islam wajar menghadkan pengaruh agama kepada orang Islam sedangkan Eropah dan Islam bagaikan langit dan bumi. Sepatutnya mereka sedar bahawa penduduk Eropah yang beragama Kristian Cuma mengecapi kemajuan setelah mereka meninggalkan ajaran Gereja yang tidak rasional. Gereja mengongkong mereka sejak beratus2 tahun. Kenapa Gereja mengongkong mereka? Gereja disebabkan jauh dari petunjuk Ilahi, ajarannya telah jauh terseleweng dari syariat Isa Alaihi Salam. Sedangkan umat Islam semakin kuat mereka berpegang kepada Islam semakin maju mereka.
Kelahiran tokoh-tokoh cerdik pandai yang memegang title Dr. dan sebagainya dalam bidang agama dan lain-lain memukau umat Islam yang kurang ilmu. Sekilas pandang nampaknya bagus kerana kita ada pakar2 agama yang bertaraf professor dan professor madya. Mereka yang kurang ilmu terus akan terpukau dengan PhD mereka. Rupa-rupanya mereka ini berfahaman Liberal atau sekular. Itulah malangnya. Inilah apa yang berlaku di negara jiran kita. Mereka akan mengelirukan bahkan mungkin menyesatkan umat Islam dengan fahaman sesat mereka. Nampaknya umat Islam tak habis2 terkena musibah. Musibah pertama musibah kejahilan dan kesilapan politik yang timbul dari sifat tamakkan kuasa. Pemimpin umat Islam bergaduh sesama sendiri menyebabkan penjajah Barat masuk menjajah kita. Umat ditipu oleh penjajah Barat sehingga tergadai tanah air.
Semua ini berlaku kerana perasaan tamak kepada kuasa. Kesan perasaan tamak cukup berat. Kesan perasaan tamak kedapatan di mana2 dalam sejarah umat Islam. Kerajaan Islam Andalusia jatuh kerana perasaan tamak. Muslim berperang sesama sendiri menyebabkan musuh menyerang dan menakluki Andalusia selepas 800 tahun bertapak di sana. Kesan-kesan tamaddun Islam masih lagi kelihatan di sana. Masjid-masjid ditukar menjadi gereja. Ayat-ayat Al-Quran yang menjadi hiasan di masjid2 tersebut masih kelihatan di dinding-dnding gereja tersebut. Akibatnya semua orang Islam dihalau atau dibunuh dari Asbania (Nama Islam kepada Sepanyol). Adakah Umat Islam belajar dari kesilapan lalu? Tidak! Mereka tak belajar! Di negeri kita pemimpin Islam bergaduh sesama sendiri menyebabkan penjajah British masuk menjajah.
Musibah kedua pun kerana kejahilan dan terpukau dengan kelayakan akademik tanpa menilai isi atau substance. Mereka percaya bahawa segala yang dikata oleh seorang Dr yang ada PhD itu betul semuanya. Mereka taklid buta dengan dia. Segala apa yang dikatanya diikut membabi-buta tanpa usul periksa. Itulah musibah kedua.
Seterusnya umat Islam menurut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam bidang ekonomi. Mereka mempromosikan sistem ekonomi kapitalis yang menghalalkan riba. Mereka memperkenalkan system jahiliah yang bercanggah dengan Islam. Mereka menggadai agama mereka demi kemodenan. Bagi mereka system barat system yang maju dan canggih walau pun bercanggah dengan Islam. Haram hukumnya umat islam mengatakan sistem kapitalis Barat itu halal kerana sistem kapitalis Barat memang bercanggah dengan ajaran Islam. Alhamdulillah di negara kita telah ada sistem perbankan Islam tetapi di manakan sistem perbankan Islam sebelum tahun 80an?
Dalam bidang sosial-budaya pula, mereka menelan system sosial barat untuk dipaksakan kepada umat Islam. Mereka menggalakkan fahaman individualis bertapak dalam masyarakat. Apakah dia fahaman individualis? Fahaman mementingkan individu tidak masyarakat. Orang Islam mula bersikap individualistik. Mereka Cuma pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan masyarakat sekiling. Sikap individualistik ini merupakan pengaruh Barat.
Golongan umat Islam terdedah dengan ilmu-ilmu dan kemajuan Barat. Mereka cuba memajukan negeri mereka sebagaimana kemajuan Barat. Mereka memuja Barat melebihi kagum mereka terhadap Islam itu sendiri dek kerana ceteknya ilmu agama mereka sedangkan Islam itu telah sempurna sebagaimana firman Allah:
اليَومَ أَكمَلتُ لَكُم دَينَكُمْ وَأَتمَمتُ عَلَيكُم نِعمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسلاَمَ دِينًا

Umat Islam marhain yang tidak begitu pendidikan menjadi keliru. Sistem Barat sebenarnya asing kepada umat Islam. Pendidikan Barat adalah sekular iaitu pendidikan yang terpisah dari ruh agama. Agama dianggap sebagai hak individu. Kalau diberi ruangan yang lebih besar pun, Cuma melibatkan juzuk-juzuk tertentu dalam kehidupan sahaja. M
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ(ص): بَدَأَ الاِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُودُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاْءِ
(رواه مسلم)
(Riwayat Muslim no: 145)

Menurut Qadhi Iyadh Rahimahumullah, makna (غريبا)  di sini sebagaimana riwayat Ibnu Abu Uwais dari Imam Malik RH ialah Islam bermula di Madinah dan akan kembali ke sana. Berkata Qadhi Iyadh RH lagi, makna zahir hadis ini ialah Islam bermula dengan individu-individu tertentu yang sedikit. Kemudian, Islam berkembang dan mengalami kemerosotan sehingga yang tinggal hanyalah pengikutnya yang sedikit. Mengenai makna (الغرباء) pula, al-Harawi[1] menafsirkannya sebagai golongan Muhajirin yang berhijrah meninggalkan tanah air mereka kerana cintakan Allah Taala.
 hadis ini ialah Islam akan menjadi asing sebagaimana asingnya Islam ketika Nabi Muhammad SAW mula menyebarkannya dulu.  [Syarh Sohih Muslim (334/2)]
3-Sasaran Serangan Yahudi & Nasrani Kepada Masyarakat Islam
3.1 Fahaman Pluralisme Agama-Sasaran: Pemimpin-Pemimpin Umat Islam. Akibat: Mereka menganggap agama semuanya sama sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang Dia redhai. Firman Allah:
اليَومَ أَكمَلتُ لَكُم دِينَكُمْ وَأَتمِمتُ عَلَيكُم نِعمَتِيْ وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسلاَمَ
دِينًا
Pada hari ini Aku sempurnakan agama kamu, Aku cukupkan nikmat-Ku
Ke atas kamu dan AKu redha Islam sebagai agama
          Di Malaysia perjuangan IFC (Interfaith Commission) wajar ditentang habis-habisan. IFC ialah gabungan yang dianggotai oleh wakil agama2 di Malaysia seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain2. Mereka menuntut layanan sama rata daripada kerajaan. Yang malangnya ada juga NGO melayu Islam yang menyertai forum IFC ini.
3.2 Fahaman Liberalisme-Sasaran: Golongan Professional seperti doktor,  Lawyer, Arkitek, guru dll. Kesan: Mereka yang tidak ada asas agama yang kuat akan terpengaruh dan mereka akan bersikap liberal (longgar) terhadap ajaran agama. Mereka juga mungkin akan memberi tafsiran baru kepada agama. Contohnya: Hukum menutup aurat mereka akan katakan bahawa menutup aurat bukan aurat yang kita fahami tetapi menutup minda dari unsur-unsur yang merosakkan umpamanya. Mereka cuba menyesuaikan agama dengan kehidupan moden. Contohnya: Mereka terpengaruh dengan gerakan wanita seluruh dunia, mereka akan menyeru supaya hukum faraidh yang memberi anak lelaki 2 bahagian dan anak perempuan 1 bahagian dimansuhkan dan anak lelaki dan perempuan mendapat bahagian yang sama dari harta pusaka. Contoh NGO yang aktif memperjuangkan idea-idea persamaan di antara lelaki dan wanita ini ialah Sisters In Islam. Sisters In Islam ini merupakan contoh Islam Liberal di Malaysia.
3.3 Budaya Hedonisme-Apa dia Hedonisme ini? Hedonisme (daripada perkataan  bahasa Greek: hēdonismos: kemeriahan atau  hēdonē: keseronokan). Hedonisme merupakan fahaman  falsafah bahawa keseronokanmerupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme kini telah menular di kalangan remaja bukan saja di dalam negara malaysia, malah masalah ini telah menjadi masalah di peringkat global dan masih lagi dipandang enteng oleh pihak-pihak berkuasa.Sasaran: Golongan Remaja. Remaja disogokkan dengan hiburan yang melampau menyebabkan mereka jauh dari agama. Kesannya: Menyebabkan mereka lalai dari matlamat hidup mereka. Mereka mengejar hiburan ala Barat yang bukan menghiburkan malahan menjauhkan mereka dari Allah. Firman Allah Taala:
أَلاَ بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلُوبُ
Hati mereka menjadi kosong dari ketenangan dan sakinah. Kerana hiburan Barat bukannya menghibur dalam erti kata yang sebenar. Hati mereka menjadi semakin gelisah. Mereka hilang hala tuju. Mereka tercari-cari cara hidup yang sebenarnya. Kerana itulah kes-kes bunuh diri di negara2 Barat semakin meningkat.
3.4 Masalah Khilafiah. Sasaran: Golongan Agama atau mereka yang minat kepada agama. Kesan: Masyarakat akan kucar-kacir dan berpecah-belah. Penyelesaiannya: Adalah menjadi tugas kerajaan adalah untuk membanteras gejala-gejala yang boleh memecah-belahkan masyarakat. Elakkan diri dari berbincang tentang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak iaitu para ulama. Biarlah golongan agama dan ulama sahaja yang berbincang tentang perkara2 khilafiah ini kerana mereka lebih pakar. Masalah khilafiah memang tidak dapat dielakkan dalam Islam kerana banyak sebab.



[1]

8 comments:

  1. termasuk mencipta bank. Bank adalah institusi pedagang wang dan mengambil riba, memberi riba.Bank bermula di Itali di zaman pertengahan Eropah. Pedagang bekerjasama dengan gereja untuk menghalalkan riba yang diharamkan dalam bible. Sekarang itu pun umat Islam tiru

    ReplyDelete
  2. Tq Pak Long,, lps tu jgn lupa letak Chop halal.

    ReplyDelete
  3. Ni jarak saf sape ajor..nabi Tak ajor..brapa byk Hadith sahih psl saf..brapa byk hadith sahih berjabat tgn menghapuskan dosa..dlm keadaan surau n masjid sekrg ni pun umat Islam dh berpecah..taat pd pemimpin slgi dia beriman betul..pemimpin Kita taat pada sapa pada pemimpin kafir WHO..alasan corona yg manusia sgt takut, alasan fitnah pada agama, alasan keuzuran n ketakutan..mulala brani keluar fatwa yg memeningkan org jahil..di zaman kerosakan umat Rasulullah suh kita bpgg teguh pd assunnah n kulafa arrasyiddin yg tlh diberi petunjuk oleh Allah..betapa halusnya rancangan kafir yg sume berlapang dada ats alasan ketaatan..takut masjid ditutup..better tangguh dulu jemaah dri rosakkan Sunnah Rasulullah..syeikh imran hussien pun BG th psl ni..kesimpulan mintak petunjuk dri Allah, n kembali pd al-Quran n as-sunnah.. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar ya Allah...saya setuju dgn pendapat ini tuan..👍

      Delete
    2. saya jg setuju dgn pndpt Tn.

      Delete
  4. Adakah sama juga dalam konteks vaksin c19?

    ReplyDelete