Suara Dakwah
Oleh: Kedar (Kelab Dakwah & Kerohanian, SMK Dato’ Hj. Hussein, 34100 Selama, Perak
Bil: 1 Tahun: 1 Tarikh: 13hb Syawwal 1433H/31 hb Ogos 2012
|
Kita bersyukur
kepada Allah SWT kerana menganugerahkan Iman dan Islam kepa
-da kita sehingga kita mengenal
Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, malaikat-malaikat-Nya. Kita bersyukur kepada-Nya kerana menjadikan kita orang
yang berilmu dan mencukupkan rezeki-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Kita bersyukur
kerana Dia menjadikan hari-hari yang kita jalani sentiasa tenteram dan
aman. Sekiranya kita mahu menghitung
segala nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita nescaya kita tidak akan dapat menghitungnya
walau kering air lautan untuk dijadikan dakwat (Maksud ayat al-Quran). Segala
pemberian Allah itu wajib disyukuri. Sekiranya kita bersyukur nescaya Allah
akan tambahkan lagi pemberian-Nya kepada kita (Maksud ayat Al-Quran). Terlalu
banyak cara kita boleh lakukan untuk bersyukur kepada Allah. Antaranya ialah berakhlak mulia mencontohi akhlak Baginda Nabi
SAW.
AKHLAK DAN KEPENTINGANNYA
Ikhwani
muslimin & muslimat rahimakumullah…
Kembali kepada
perbincangan kita pada keluaran yang lalu tentang akhlak mulia. Tajuk akhlak sememangnya relevan dengan kita
sebagai warga sekolah kerana sememangnya kita terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan akhlak. Akhlak mulia merupakan salah satu objektif
P&P di sekolah. Kita mahu semua warga sekolah berakhlak mulia bukan hanya
murid-murid sekolah sahaja malah semua warga pendidik tanpa mengira status.
Akhlak
adalah perkara yang menjadi salah satu tajuk perbincangan utama semenjak duhulu
hinggalah sekarang. Perbincangan mengenai akhlak menjadi semakin relevan
dewasa ini terutamanya ketika akhlak manusia menjadi semakin teruk. Maksiat makin
berleluasa. Kes-kes zina, mencuri, liwat telah menjadi berita biasa. Kes-kes
tangkapan khalwat terus meningkat terutamanya melibatkan pekerja kilang,
pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah.[1]Jumlah
kes kelahiran anak luar nikah juga semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ini
tidak termasuk gejala Black Metal di kalangan remaja[2] dan
pelajar sekolah yang melacurkan diri untuk hidup mewah sehingga dijangkiti HIV.[3] Mengapa
ini semua terjadi? Kemanakah hilangnya keimanan?
Gejala
keruntuhan akhlak ini terutamanya yang melibatkan remaja telah membarah sejak
sekian lama seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya. Banyak sudah tindakan
diambil untuk menangani masalah ini.Hasilnya masih ditakuk lama.Undang-undang
yang ada nyata gagal menyekat kadar keruntuhan akhlak. Banyak wang telah dihabiskan untuk menjalankan
program-program pemurniaan akhlak, seminar-seminar, kursus-kursus motivasi dan
lain-lain. Semuanya tidak berjaya menghalang remaja dan orang ramai dari
terus bergelumang dengan maksiat dan perlakuan tidak bermoral.
Keruntuhan
akhlak di kalangan manusia adalah sesuatu yang tidak wajar dipandang sepi atau
dianggap sebagai hasil sampingan pemodenan yang dialami oleh negara kita. Kita
sebagai warga pendidik wajib merealisasikan pemurniaan akhlak mulia di kalangan
kita dahulu sebelum kita melangkah lebih jauh lagi kerana kita mempunyai bidang
kuasa yang cukup terhad di samping kekurangan sumber-sumber lain. Semua pihak
wajib terlibat dalam berdakwah bukan hanya para alim ulama, ustaz dan ustazah
sahaja. Guru-guru wajib menyuruh pelajar-pelajar mereka berakhlak mulia wajib
dan berpakaian menutup aurat demi kebaikan kita semua. Pelajar-pelajar wajib menasihati
rakan-rakan supaya berakhlak dan berpakaian menutup aurat untuk memartabatkan akhlak
Islam kerana kita takut bala yang menimpa umat-umat dahulu kala akan turut
menimpa kita. Ingatlah ayat al-Quran yang berbunyi:
Takutlah fitnah yang bukan hanya akan menimpa golongan yang zalim di kalangan kamu semata-mata.(Surah Al-Anfal: ayat 25)
KELEBIHAN-KELEBIHAN BERAKHLAK MULIA
اتَّقُوا فِتْنَةً
لاَتُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً
Takutlah fitnah yang bukan hanya akan menimpa golongan yang zalim di kalangan kamu semata-mata.(Surah Al-Anfal: ayat 25)
Dalam ayat lain, Allah berfirman:
وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي القُرَى إِلاَّ وَأَهلُهَا ظَالِمُونَ
Kami bukanlah
pemusnah kampong-kampong kecuali sekiranya penduduknya zalim
(Al-Qasas:59)
KELEBIHAN-KELEBIHAN BERAKHLAK MULIA
Akhlak keji
wajib dibanteras dan akhlak mulia wajar dinobatkan semula dipersada masyarakat
sebagai yang selayaknya. Kita memang
sedia maklum akan kesan buruk yang akan timbul akibat perbuatan keji manusia
yang sememang ada disebut dalam al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi. Kita
berasa cukup takut apabila membaca kisah-kisah umat dahulu kala yang diazab
oleh Allah kerana perbuatan keji dan akhlak buruk mereka. Kita tahu akan kisah Firaun yang ditenggelamkan
oleh Allah di Laut Merah kerana kekufurannya kepada Allah. Kita tahu tentang kisah
Kaum Lut yang ditelan oleh bumi kerana suka melakukan hubungan luar tabii. Sekiranya
akhlak buruk dikutuk dan dilaknat oleh Allah, nescaya akhlak mulia diberi
ganjaran yang baik. Akhlak mulia banyak kelebihannya antaranya:
2-Akhlak mulia adalah nilai kemanusiaan
2-Akhlak mulia adalah nilai kemanusiaan
Manusia
adalah makhluk Allah yang istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk lain yang
diciptakan. Manusia dijadikan mempunyai bentuk fizikal yang cantik. Manusia
juga diberikan akal fikiran untuk membezakannya daripada haiwan. Selain itu,
manusia juga dianugerahkan dengan akhlak. Akhlak mulia merupakan salah satu
ciri penting seseorang manusia. Sekiranya manusia kehilangan akhlak mulia yang
terhasil dari iman kepada Allah, nescaya hilanglah salah satu ciri kemanusiaan
penting kepada seseorang manusia. Sekiranya mereka tidak berakhlak sebagaimana
sepatutnya maka status manusia boleh jatuh ke tempat yang lebih buruk daripada
haiwan (maksud Surah At-Tin: ayat 4-5) atau lebih hina daripada haiwan kerana
mereka tidak menggunakan akal, hati dan pancaindera mereka untuk berfikir
tentang Allah sebagai Tuhan mereka yang sebenar (maksud ayat 179: Surah
Al-A’raf).
Allah
Taala memuliakan manusia sekiranya mereka berakhlak mulia. Buktinya firman
Allah yang berbunyi: Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai pekerti
yang mulia (maksud ayat Surah Al-Qalam: ayat 4). Takwa merupakan
kemuncak kepada akhlak mulia dan Allah menilai manusia berdasarkan sifat takwa.
Firman Allah Taala: Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah
ialah mereka yang paling bertakwa (Surah Al-Hujurat: ayat 13). Allah
Taala memuji Nabi Muhammad SAW kerana Baginda SAW berakhlak mulia. Allah
menyukai akhlak mulia dan memuji mereka mempunyainya. Ikram (kemuliaan) yang
diberikan oleh Allah itu merupakan kemuncak tertinggi nilai seseorang manusia. Tiada
kemuliaan lain yang lebih tinggi daripada kemuliaan anugerah Allah ini.
Justeru, mari kita bersama-sama menghiasi diri
kita dengan akhlak mulia dan membuang akhlak keji supaya kita akan mendapat ganjaran
yang tidak terhingga di sisi Allah. Tidak ada ruginya berakhlak mulia
kerana Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya berakhlak mulia. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment