Al-Quran & Kelebihan-Kelebihannya
Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita masih
diberikan peluang oleh Allah SWT untuk terus menghirup udara segar di atas
bumi Allah yang cantik ini. Kita bersyukur kepada-Nya kerana melimpahkan
kepada kita dengan limpahan kurnia yang
tidak terhingga. Kita diberikan rezeki yang cukup banyak. Antara kurniaan-Nya
yang terbesar kelebihan ialah Iman dan Islam. Seterusnya, Islam mengajar kita
untuk mempercayai al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan Jibril AS.
Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang
diturunkan kepada umat manusia
untuk diimani dan diamalkan isi kandungannya. Al-Quran merupakan
petunjuk kepada seluruh umat manusia dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga zaman
manusia terakhir sebelum dunia ini kiamat. Al-Quran merupakan kesenambungan
kitab-kitab suci terdahulu yang diturunkan kepada rasul-rasul terdahulu. Ramadhan
merupakan bulan mulia. Kenapa ramadhan mulia? Antara sebabnya ialah kerana diturunkan Al-Quran padanya iaitu Nuzul
Al-Quran.
Takrif
Al-Quran:
Al-Quran
mempunyai banyak nama. Antaranya:
1-Al-Kitab:
ذَلِكَ
الكِتَابُ لاَرَيبَ فِيهِ هُدًى لِلمُتَّقِينَ
2. Kitab[11][1]
(Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertaqwa[12],[2]
[Surah Al-Baqarah: 2]
2-Al-Quran:
إِنَّا
عَلَينَا جَمْعَهَهُ وَقُرآنَهُ.فَإِذَا قَرَأْناه فَاتَّبِعْ قُرآنَهُ
17. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah
mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.18. Apabila kami Telah selesai membacakannya Maka
ikutilah bacaannya itu.
[Surah Al-Qiamah: 17-18]]
3-Al-Furqan:
تَبَارَكَ
الَّذِيْ نَزَّلَ الفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلعَالَمِيْنَ نَذِيْرًا
1. Maha Suci Allah yang Telah menurunkan Al Furqaan
(Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh
alam[1052][3]
[Al-Furqan: 1]
4-Al-Zikr:
هَذَا
ذِكْرٌ مُبَارَكٌ أَنْزَلْنَاهُ.أَفَأَنْتُمْ لَهُ مُنْكِرُوْنَ
50. Dan Al Quran Ini adalah suatu Kitab
(peringatan) yang mempunyai berkah yang Telah kami turunkan. Maka mengapakah
kamu mengingkarinya?
[Surah Al-Anbia’: 50]
Takrif
dari Sudut Istilah Syarak:
Dari sudut syarak, ulama mempunyai beberapa
takrif. Mereka mendefinisikan Al-
Quran mengikut bidang masing-masing. Menurut Syeikh Ali As-Sobuni, takrifan
yang disepakati ulama ialah:
هُوَ كَلاَمُ اللهِ المُعْجِزُ، المُنَزَّلُ عَلَى خَاتَمِ الأَنْبِيَاءِ
وَالمُرسَلِيْنَ، بِوَاسِطَةِ الأَمِيْنِ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ
المَكْتُوبُ فِيْ المَصْحَفِ، المَنْقُولُ إِلَيْنَا بِالتَّوَاتُرِ المُتَعَبَّدُ
بِتِلاَوَتِهِ، المَبْدُوءُ بِسُورَةِ الفَاتِحَةِ وَالمُخَتَّمُ بِسُورَةِ
النَّاسِ.
Al-Quran merupakan kalam Allah yang
menjadi mukjizat yang diturunkan kepada penutup segala Nabi dan Rasul AS
melalui perantaraan Malaikat Jibril AS. Al-Quran ditulis dalam mashaf,
disampaikan secara mutawatir, dikira ibadat kepada mereka yang membacanya,
dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas.
[Dr. Muhammad Ali As-Sobuni,
At-Tibyan fi Ulum Al-Quran, hal. 6, Cetakan Dar As-Sobuni (1420H)]
1)
Kelebihan al-Quran
a-Tiada
keraguan padanya. Firman Allah SWT:
yذَلِكَ الكِتاَبُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْن
(Surah Al-Baqarah:2)
b-Al-Quran Mengeluarkan Manusia dari
Kekufuran kepada Petunjuk.
Firman Allah Taala:
الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ
النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ
الْحَمِيدِ (١)
1. Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang kami
turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada
cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan
yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
[Surah Ibrahim: 1]
c-Mengangkat martabat manusia menjadi yang
terbaik. Sabda Nabi SAW:
Dari Ali RH
& Othman RH, Sabda Nabi SAW:
خَيرُكُم مَن تَعَلَّمَ القُرآنَ وَعَلَّمَهُ
[ (خ ت) عن علي رضه (حم د ت هـ) عن
عثمان رضه. (صح): صحيح البخاري]
(Orang yang terbaik
di kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya (kepada
orang lain)
[HR al-Bukhari, Abu Daud, At-Tarmizi, Ibnu Majah &
Ahmad]
خِيَارُكُم مِن تَعَلَّمَ القُرآنَ وَعَلَّمَهُ
[ (هـ) عن سعد رضه.(صح): الجامع
الصغير(3982)،
الصحيحة (1171)]
Mereka yang terbaik
dari kalangan kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarnya
[HR. Ibnu Majah: Hadis
ini dinilai sahih oleh Imam Sayuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3982) & Al-Albani
(Silsilah Al-Ahadith As-Sohihah: 1171)]
d-Mengeluarkan manusia daripada kekufuran
kepada Petunjuk.
Firman Allah Taala:
الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ
مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
1. Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang kami
turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada
cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan
yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Surah Ibrahim: 1)
e-Menyelamatkan manusia daripada seksa
neraka. Sabda Nabi SAW:
Allah tidak akan
mengazab hati yang menghafal al-Quran
(Hadis Riwayat
Al-Bukhari)
f-Menjadi syafaat kepada pembaca yang
beramal dengan hukum-hakamnya. Sabda Nabi SAW:
اقْرَأُوا القُرآنَ.فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيْعًا
لأَصْحَابِهِ...
Bacalah al-Quran
sesungguhnya al-Quran akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya.
(Hadis riwayat Muslim)
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
الصِّيَامُ
وَالقُرآنُ يَشْفَعَانِ لِلعَبْدِ يَومَ القِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ
رَبِّ، إِنِّيْ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشِّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِيْ
فِيْهِ، وَيَقُولُ القُرآنُ: رَبِّ مَنَعتُهُ النَّومَ بِالَّليْلِ فَشَفِّعْنِيْ
فِيْهِ، فَيُشَفَّعَانِ.
[(حم طب ك هب) عن
ابن عمر رضهما.(صح): الجامع الصغير(5203)، صحيح الترغيب
(983)]
Puasa dan Al-Quran
akan memohon syafaat kepada seseorang hamba pada Hari Qiamat. Puasa berkata:
Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menegahnya makan dan nafsu syahwat dengan
Api Neraka. Berikanlah syafaat kepadanya. Al-Quran berkata: Wahai Tuhan! Aku
telah menegahnya dari tidur malam. Berikanlah syafaat kepadanya. Lalu hamba itu
diberi syafaat.
[HR. Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim & Al-Baihaqi:
hadis dinilai sahih oleh Imam As-Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 5203) &
Al-Albani (Sohih At-Targhib: 983)]
Menurut Syeikh
Dr. Mustafa Bugha et al. maksud pembaca di sini bukan setakat membaca tetapi
beramal juga dengan hukum hakamnya (Kitab
Nuzhah al-Muttaqeen, Dr. Mustafa Bugha et al (hlm.5/Jil.1), Muassasah
al-Resalah, Beirut ,
Lubnan)
f-Al-Quran akan berhujah di depan Allah
untuk membela pembaca yang beramal dengannya. Sabda Nabi SAW:
Akan dihadapkan manusia di hadapan Allah di Hari
Qiamat dengan al-Quran yang diamalkannya dimulai oleh Surah al-Baqarah kemudian
Surah Ali ‘Imran. Kedua-duanya akan berhujah mewakili pembaca yang beramal
dengannya.
(Hadis riwayat
Muslim)
g-Mukmin yang membaca al-Quran mendapat
kedudukan tertinggi. Sabda
Nabi SAW:
مَثَلُ
المُؤْمِنِ الَّذِيْ يَقْرَأُ القُرآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ. رِيْحُهَا طَيِّبٌ
وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ.وَمَثَلُ المُؤْمِنِ لاَ يَقْرَأُ القُرآنَ مَثَلُ التَّمرَةِ
لاَ رِيْحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ.وَمَثَلُ المُنَافِقِ الَّذِيْ يَقْرَأُ
القُرآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيْحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ.وَمَثَلُ
المُنَافِقِ لاَ يَقْرَأُ القُرآنَ كَمَثَلِ الحَنْظَلَةِ لَيسَ لَهَا رِيْحٌ
وَطَعْمُهَا مُرٌّ.
Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran
itu seperti al-utrujjah ; baunya wangi rasanya juga sedap. Mukmin yang tidak
membaca al-Quran adalah seperti buah kurma; tiada bau tetapi rasanya manis.
Munafiq yang membaca al-Quran pula seperti raihanah; baunya wangi tetapi
rasanya pahit. Munafiq yang tidak membaca al-Quran pula seperti labu pahit;
baunya tiada rasanya pula pahit
(Hadis Muttafaq
‘alaih)
(Al-utrujjah
merupakan sejenis buah yang berbau wangi serta sedap rasanya. Raihanah pula
merupakan sejenis tumbuhan (Dr. Mustafa
Bugha et. al, Kitab Nuzhah al-Muttaqeen-Syarah Riyadh al-Soleheen Imam Nawawi)
g-Mengamalkan
al-Quran akan memuliakan sesebuah bangsa. Sabda Nabi SAW:
Dari Omar Al-Khattab RH, Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ
تَعَالَى يَرْفَعُ بِهَذَا الكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ.
[(م هـ) عن عمر
رضه.(صح): صحيح مسلم]
Sesungguhnya Allah
akan mengangkat martabat sesuatu kaum yang beramal dengan al-Quran dan menghina
kaum yang tidak beramal dengannya
[HR. Muslim & Ibnu Majah]
h-Terpelihara
daripada sebarang perubahan. Firman Allah SWT:
إِنَّا
نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (٩)
Sesungguhnya Kami-lah
yang menurunkan Al Quran,
(Surah Al-Hijr:9)
j-Membacanya
beroleh pahala. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab
Allah ke atasnya satu kebaikan, Satu kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda.
Aku tidak berkata alif satu huruf tetapi alif satu huruf lam satu huruf mim
satu huruf
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
k-Pelepas
Dari Syirik
Dari Naufal bin Muawiyah RH, Sabda Nabi SAW:
إِذَا أَخَذْتَ
مَضْجَعَكَ مِنَ اللَّيْلِ فَاقْرَأْ (يَاأَيُّهَا الكَافِرُونَ) ثُمَّ نِمْ عَلَى
خَاتِمَتِهَا، فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مَنَ الشِّرْكِ.
[(د ت حم هب ك)
عن نوفل بن معاوية رضه (ن) والبغاوي وابن قانع، والضياء عن جبلة بن حارثة
رضه.(صح): الجامع الصغير(367)، (ح) المشكاة(2161)]
Apabila kamu membaringkan badan untuk tidur
pada waktu malam, maka hendaklak kamu membaca Surah (قل يا أيها
الكافرون) kemudian
tidurlah apabila selesai membacanya.
Sesungguhnya surah itu pelepas dari syirik
[HR Abu Daud, At-Tarmizi, Ahmad, Al-Baihaqi dan
Al-Hakim: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam As-Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir:
367) & Al-Albani ( Al-Misykat: 2161)]
l-Darjat-Darjat Surah dalam Al-Quran
Dari Ibnu Abbas RH, Sabda Nabi SAW:
﴿إِذَا زُلْزِلَتِ﴾ تَعْدِلُ نِصْفَ القُرآنِ،وَ﴿قُل يَاأَيُّهَا
الكَافِرُونَ﴾ تَعْدِلَ رُبُعَ القُرآنِ، وَ﴿قُل هُوَاللهُ أَحَدٌ﴾ تَعْدِلُ ثُلُثَ
القُرآنِ.
[(ت ك هب) عن ابن
عباس رضهما.(صح): الجامع الصغير(659)]
Surah (إذا زلزلت) menyamai separuh al-Quran. Surah (قل ياأيها الكافرون) menyamai ¼ Al-Quran dan Surah (قل هو الله أحد) menyamai 1/3 Al-Quran
[HR. At-Tarmizi, Al-Baihaqi & Al-Hakim: Dinilai
sahih oleh Imam Suyuthi dalam Al-Jami As-Soghir
no: 659]
m-Galakan
Membaca Al-Quran
Dari Al-Barra’ bin Azib RH, Sabda Nabi SAW:
اقْرَأْ.
فُلاَنُ.فَإِنَّهَا السَّكِيْنَةُ تَنَزَّلَتْ عِنْدَ القُرآنِ.أَوْ تَنَزَّلَتْ
لِلقُرآنِ
[(ق)
عن البراء بن عازب رضه]
Bacalah.
Wahai Fulan. Sesungguhnya
ketenangan turun di sisi Al-Quran.
[HR Al-Bukhari & Muslim]
Dari Ibnu Omar RH, sabda Nabi SAW:
اقْرَإِ القُرآنَ
فِي أَربَعِينَ.
[(ت) عن ابن عمر رضهما.(ح): الجامع الصغير(1330)، الصحيحة (1512)]
Bacalah Al-Quran pada 40 hari (sekali khatam)
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam
Sayuthi (Al-Jami’ As-Soghir :1330) & Al-Albani (Silsilah Al-Ahadith
As-Sohihah:1512)]
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
اقْرإِ القُرآنَ
فِي كُلِّ شَهْرٍ، اقْرَأْهُ فِي عِشْرِينَ لَيلَةً، اقْرَأْهُ فِي عَشْرٍ
اقْرَأْهُ فِي سَبعٍ، وَلاَ تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ.
[(ق د) عن ابن
عمر رضهما.(صح): صحيح البخاري وصحيح مسلم]
Bacalah Al-Quran pada setiap bulan (sekali khatam)
atau khatamkanlah ia pada setiap 20 malam atau khatamkanlah ia pada setiap 10
hari atau khatamkanlah ia pada setiap 7 hari dan jangan lebih daripada itu
[HR.Al-Bukhari, Muslim & Abu Daud]
Dari
Al-Barra’, Sabda Nabi SAW:
حَسِّنُوا
القُرآنَ بِأَصوَاتِكُم فَاِنَّ الصَّوتَ الحَسَنَ يَزِيدُ القُرآنَ حَسَنًا
[ (الدارمي في الصلاة (ك) عن
البراء.(ح): الجامع الصغير(3726)،(صح): صحيح
أبي داود(1320)]
Perbaikilah (bacaan)
Al-Quran (kamu) kerana (bacaan dengan) suara yang baik itu meningkatkan
kebaikan Al-Quran
[HR. Ad-Darimi &
Al-Hakim: dinilai hasan oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3726) &
sahih oleh Al-Albani (Sahih Abi Daud: 1320)]
n-Pembaca
Al-Quran disayangi Allah
Dari Ibnu Mas’ud RH, Sabda Nabi SAW:
ثَلاَثٌَ
يُحِبُّهُمُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ:رَجُلٌ قَامَ مِنَ اللَّيلِ يَتْلُو كِتَابَ
اللهِ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ صَدَقَةً بِيَمِينِهِ يُخْفِيهَا مِنْ شِمَالِهِ،
وَرَجُلٌ كَانَ فِي سَرِيَّةٍ فَانهَزَمَ أَصحَابُهُ فَاستَقْبَلَ العَدُوَّ.
[(ت) عن ابن
مسعود رضه.(صح): الجامع الصغير(3552)]
Tiga
golongan yang dicintai Allah Azza Wa Jalla: Lelaki yang bangun ditengah malam lalu membaca
al-Kitab (Al-Quran), Lelaki yang bersedekah dengan tangan kanan dan
menyembunyikannya dari tangan kirinya dan lelaki yang berjuang di medan perang pada jalan
Allah.
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam
Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3552)]
o-Al-Quran itu cahaya dan
jalan yang lurus
Sabda Nabi SAW:
القُرآنُ
هُوَ النُّورُ المُبِينُ، وَالذِّكْرُ الحَكِيمُ، وَالصِّرَاطُ المُسْتَقِيمُ.
[(هب)
عن رجل. (ح): الجامع الصغير(6186)، (ض): ضعيف
الجامع (4140)]
Al-Quran
itu cahaya yang jelas, zikir yang baik dan jalan yang lurus
[HR. Al-Baihaqi: Dinilai hasan oleh Imam Suyuthi
(Al-Jami’ As-Soghir: 6186) &
Daif oleh Al-Albani (Doif Al-Jami’ :4140) ]
p-Larangan-Larangan Tentang Al-Quran
Dari Abu Hurairah RH, Sabda Nabi SAW:
الجَدَالُ
فِي القُرآنِ كُفْرٌ.
[(ك)
عن أبي هريرة رضه.(صح): صحيح الترغيب(139)]
Perdebatan tentang
Al-Quran boleh membawa kepada kekufuran.
[HR Al-Hakim: Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Albani
(Kitab Sahih At-Targhib: 139)]
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
لاَ
يَقْرَأُ الجُنُبُ وَلاَ الحَائِضُ شَيئًا مِنَ القُرآنِ.
[(ت
حم هـ) عن ابن عمر رضهما.(ح): الجامع الصغير(9983)،
(ض): إرواء الغليل(192)]
Orang yang berjunub dan haidh
dilarang membaca Al-Quran
[HR. At-Tarmizi, Ibnu Majah &
Ahmad]
Dari
Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
لاَ
يَمَسُّ القُرآنَ إِلاَّ طَاهِرٌ
[(طب)
دري ابن عمر رضي الله عنهما. حسن :الجامع الصغير(9986).صحيح:الألباني(صحيح:
المشكاة (465)]
Dilarang menyentuh Al-Quran
kecuali mereka yang suci (berwudhu’)
[HR. At-Tabrani: Hadis ini
dinilai hasan oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 9986), Sahih oleh
Al-Albani (Al-Misykat:465)]
Dari Jundab RH,Sabda Nabi SAW:
مَنْ
قَالَ فِيْ القُرآنِ بِرَأْيِهِ فَأَصَابَ فَقَدْ أَخْطَأَ.
[(3)
عن جندب رضه.(صح): الجامع الصغير(8900)، (ض):
المشكاة (235)]
Sesiapa yang berkata tentang Al-Quran dengan fikirannya
sendiri lalu benarlah pendapatnya maka beliau tetap bersalah
[HR. Abu
Daud, At-Tarmizi & An-Nasai: Hadis ini dinilai sahih oleh Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 8900) daif oleh Al-Albani
(Al-Misykat: 235)]
Dari Ibnu Abbas RH, Sabda Nabi SAW:
مَنْ
قَالَ فِيْ القُرآنِ بِغَيرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.
[(ت)
عن ابن عباس رضه.(ح):الجامع الصغير (8899)]
Sesiapa yang berkata
(mentafsir) Al-Quran tanpa ilmu, maka bersedialah tempat duduknya (sebagai
seksaan) dari api neraka
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini sahih di sisi Suyuthi
(Al-Jami’ As-Soghir: 8899)]
q-Penawar dan Rahmat kepada Orang-Orang Mukmin
Firman Allah Taala:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ
لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا (٨٢)
82. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu
tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
[Surah Al-Israk: 82]
r-Masyarakat
yang beramal dengan Al-Quran akan mendapat keberkatan
Dari Omar Al-Khattab RH, Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ
تَعَالَى يَرْفَعُ بِهَذَا الكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ.
[(م هـ) عن عمر
رضه.(صح): صحيح مسلم]
Sesungguhnya Allah
akan mengangkat martabat sesuatu kaum yang beramal dengan al-Quran dan menghina
kaum yang tidak beramal dengannya
[HR. Muslim & Ibnu Majah]
Marilah kita bersama-sama membaca dan
beramal dengan al-Quran supaya kita semua akan sentiasa mendapat pahala,
rahmat, keampunan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah pada Hari Akhirat
kelak. Umat Islam wajib yakin bahawa al-Quran adalah sebagai penyelamat
di dunia & akhirat. Akan tetapi, ramai ahli masyarakat kita lebih
mempercayai sistem atau ideologi yang dibawa dari Barat baik, sekularisme,
liberalisme, pragmatisme dan lain-lain ideologi sesat yang lain. Kalau ideologi
Barat diutamakan dan isi kandungan al-Quran tidak diamalkan, adakah masih
dinamakan percaya kepada al-Quran? Umat Islam yakin kepada al-Quran sebagai
kalam Allah yang azali, tetapi kenapa isi kandungan al-Quran tidak diamalkan dalam
kehidupan kita daripada bab sekecil-kecilnya hingga kepada bab pemerintahan negara?
Adakah ini masih dianggap percaya kepada al-Quran? Kenapa surat khabar boleh dibaca setiap hari tetapi
al-Quran malas dibaca? Adakah kalam manusia lebih diutamakan daripada kalam
Allah? Fikir-fikirkanlah saudara-saudariku.…wallahu
a’lam..wasalam.
[1] [11] Tuhan menamakan Al Quran dengan Al Kitab yang
di sini berarti yang ditulis, sebagai isyarat bahwa Al Quran diperintahkan
untuk ditulis.
[2] [12] takwa yaitu
memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala
perintah-perintah-Nya; dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya; tidak cukup
diartikan dengan takut saja.
[3] [1052] maksudnya jin dan manusia.
[4] [11] Tuhan menamakan Al Quran dengan Al Kitab yang di
sini berarti yang ditulis, sebagai isyarat bahwa Al Quran diperintahkan untuk
ditulis
[5].[12] takwa yaitu memelihara diri dari siksaan Allah
dengan mengikuti segala perintah-perintah-Nya; dan menjauhi segala
larangan-larangan-Nya; tidak cukup diartikan dengan takut saja.
[6] yat
Ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama-lamanya.
salam tuan, sedikit kesilapan pada ayat kedua, yang betul
ReplyDeleteفاذا قرأناه فاتبع قرانه..
terima kasih
Jazakallah katheera
DeleteTerima kasih tapi ia Tak membantu Saya😑 btw,thx
ReplyDeleteLmaoo xpe cuba je ingat ❤😍😘💅
DeleteMOHON IZIN UNTUK SEBARKAN KEPADA RAKAN2 SEKERJA
ReplyDelete