Friday 2 November 2012


AQIDAH RASULULLAH SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM

Posted by Ibnu `Alwi al-Syafi`e

AQIDAH RASULULLAH SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM:

يَقُوْلُ النَّبِيْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لَا فِكْرَةَ فِي الرَّبِّ)). رَوَاهُ أَبُو الْقَاسِمِ الْأَنْصَارِيْ.
Terjemahan:
Nabi sallallahu`alaihi wasallam bersabda: ((Tuhan tidak boleh difikirkan/digambarkan)). Diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Ansari.
مَعْنَاهُ: أَنَّ مَعْرِفَةُ الله لَا تُطْلَبُ بِالتَّصَوُّرِ وَلَا  بِالتَّوَهُّمِ لِأَنَّ حُكْمُ الْوَهْمِ يُؤَدِّيْ إِلَى الْغَلَطِ.
Terjemahan:
"Maknanya: Bahawasanya mengenal/mengetahui tentang Allah, tidak dituntut/disuruh dengan cara menggambarkan atau membayangkan (dalam fikiran) kerana hukum yang terhasil daripada waham [gambaran/sangkaan] membawa kepada kesalahan".


Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"كَـانَ اللهُ وَلَـمْ يَكُـنْ شَيْءٌ غَـيْرُهُ".
Terjemahan:
“Allah wujud pada azali [kewujudan-Nya tidak ada permulaan] sedangkan sesuatupun masih belum wujud”.

                              (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud)

Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani (W. 852 H) telah menghuraikan hadis di atas di dalam kitabnya Fath al-Bari dengan katanya[1]:

"وَالْمُرَادُ بِكَانَ فِي الْأَوَّلِ الْأَزَلـِـيَّةُ وَفِي الثَّانِـي الْـحُدُوْثُ بَعْدَ الْعَدَمِ" اهـــ.
Terjemahan:
“Dan maksud كان)) dalam lafaz yang pertama ialah keazalian [kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan] dan dalam lafaz (كان) kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan [kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan]”.


Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) juga mensyarahkan hadis tersebut di dalam kitabnya al-I`tiqad ketika menjelaskan makna hadith ini dengan berkata:

"يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ لَـمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ لَا الْمَاءَ وَلَا الْعَرْشَ وَلَا غَيْرَهُـمَا وَكُلُّ ذَلِكَ أَغْيَارٌ" اهــــ.
Terjemahan:
"[Hadis ini] Menunjukkan bahawa Allah ta`ala sudah wujud walaupun selain-Nya belum ada, air tidak ada, `Arasy tidak ada dan selain kedua-dua benda itu dan semua itu adalah bukan Allah ta`ala."

            Justeru, Allah taala telah wujud pada azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada sesuatu pun sama ada air, udara, bumi, langit, `Arasy, Kursi, manusia, jin, malaikat, tempat dan lain-lain daripada makhluk yang menyerupai-Nya. Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat dengan tidak bertempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan `Arasy serta Dia tidak berhajat sama sekali kepada makhluk ciptaan-Nya.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:

"اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ".
Terjemahan:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”.
                  
                                                                 (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[2]:

"وَأَنَّهُ الظَّاهِرُ فَيَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْأَدِلَّةِ، الْبَاطِنُ فَلَا يَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْكَوْنِ فِيْ مَكَانٍ. وَاسْتَدَلَّ بَعْضُ أَصْحَابِنَا فِيْ نَفْيِ الْمَكَانِ عَنِ اللهِ تَعَالَى بِقَوْلِ النَّبِـيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ)) وَإِذَا لَـمْ يَكُنْ فَوْقَهُ شَيْءٌ وَلَا دُوْنَهُ شَيْءٌ لَـمْ يَكُنْ فِيْ مَكَانٍ" اهــــ.
Terjemahan:
"Allah ta`ala itu Maha Zahir kerana [kewujudan-Nya] boleh didapati dengan bukti-bukti [daripada kekuasaan-Nya melalui alam ini] dan Maha Batin kerana tidak boleh didapati [kewujudan-Nya] secara bertempat.  Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)) iaitu Engkaulah [Allah] yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah yang Batin dan tidak ada sesuatupun dibawah-Mu)). Dan jika tiada   suatupun di atas-Nya dan tiada sesuatupun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun".



AQIDAH PARA SAHABAT DAN TABI`EN:

Sayyiduna Abu Bakar al-Siddiq radiyallahu`anhu (W. 13 H) berkata[3]:
"الْعَجْزُ عَنْ دَرَكِ الْإِدْرَاكِ إِدْرَاكٌ وَالْبَحْثُ عَنْ ذَاتِهِ كُفْرٌ وَإِشْرَاكُ".
Terjemahan:
"Pengakuan bahawa pemahaman seseorang tidak mampu (lemah) untuk sampai megetahui hakikat Allah adalah keimanan, adapun mencari tahu tentang Allah, yakni membayangkan-Nya adalah kekufuran".

Ø  Maksudnya ialah kita beriman bahawa Allah ta`ala tidak seperti makhluk-Nya, tanpa memikirkan tentang hakikat Dzat-Nya. Adapun berfikir tentang makhluk-Nya adalah perkara yang dianjurkan kerana segala sesuatu yang wujud di dalam alam ini adalah merupakan tanda wujudnya Allah.

Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[4]:

. "كَانَ اللهُ وَلَا مَكَانَ وَهُوَ الْآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ"
Terjemahan:
"Allah wujud pada azali [tidak ada permulaan] sedangkan pada ketika itu suatu tempat pun tidak ada dan Dia sekarang dengan keadaan yang Dia telah ada [wujud-Nya azali dan abadi tanpa bertempat]".

Ibn `Abbas radiyallahu`anhuma telah berkata:[5]
 "تَفَكَّرُوْا فِيْ خَلْقِ اللهِ وَلَا تَفَكَّرُوْا فِيْ ذَاتِ اللهِ".

Terjemahan:
"Hendaklah kalian berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, namun jangan kalian fikirkan tentang zat Allah".

Al-Imam  Zainal `Abidin `Ali ibn al Husain ibn `Ali ibn Abi Thalib radiyallahu`anhu (38 H- 94 H) berkata[6]:

"أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لَا يـَحْوِيْكَ مَكَانٌ" وَقَالَ: أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لَا تُـحَدُّ فَتَكُوْنَ مَـحْدُوْدًا وَقَالَ: سُبْحَانَكَ لَا تُـحَسُّ وَلَا تُـجَسُّ وَلَا تُـمَسُّ".
Terjemahan:
"Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat", dan dia berkata lagi:"Engkaulah Allah yang Maha Suci dari had [benda bentuk dan ukuran]", beliau berkata lagi :"Maha Suci Engkau yang tidak boleh diraba mahupun disentuh [Allah tidak menyentuh sesuatupun daripada makhlukNya dan Ia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhlukNya kerana Allah bukan jisim. Allah Maha Suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan berlaku jarak antara Allah dan makhlukNya kerana Allah bukan jisim dan ada tanpa arah]."


Al-Imam Ja`far al-Sadiq radiyallahu`anhu (W. 148 H) berkata[7]:
"مَنْ زَعَمَ أَنَّ اللهَ فِي شَيْءٍ أَوْ مِنْ شَيْءٍ أَوْ عَلَى شَيْءٍ فَقَدْ أَشْرَكَ إِذْ لَوْ كَانَ عَلَى شَيْءٍ لَكَانَ مَـحْمُوْلًا وَلَوْ كَانَ فِي شَيْءٍ لَكَانَ مَـحْصُوْرًا وَلَوْ كَانَ مِنْ شَيْءٍ لَكَانَ مُـحْدَثًا – أَيْ مَـخْلُوْقًا".
Terjemahan:
"Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada di atas sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika kewujudan-Nya daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk [yang diciptakan]".


ULAMA’ SALAFUSSOLEH YANG MAYSHUR:


Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radiyallahu`anhu (W. 321 H) dalam risalahnya al-`Aqidah al-Tahawiyyah[8]:
"تَعَالَى ]الله[ عَنِ الْـحُدُوْدِ وَالْغَايَاتِ وَالْأَرْكَانِ وَالْأَعْضَاءِ وَالْأَدَوَاتِ، لَاتَـحْوِيْهِ الْـجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ".
Terjemahan:
"((Maha suci [Allah] daripada batasan (boleh dibentukkan/saiz) dan pengakhiran dan sudut dan anggota-anggota yang besar dan anggota-anggota yang kecil, Dia [Allah] tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk/ciptaan yang lain".

Huraian mengenai kata-kata beliau:
 يَعْنِي أَنَّ اللهَ مُنَـزَّهٌ عَنْ أَنْ يَكُوْن حَجْمًا لِأَنَّ الْمَحْدُوْدَ فِي اللُّغَةِ وَعِنْدَ عُلَمَاءِ الشَّرْعِ مَا لَهُ حَجْمٌ صَغُرَ أَوْ كَبُرَ.
Terjemahan:
"Iaitulah bahawasanya Allah disucikan daripada mempunyai saiz kerana al-Mahdud [batasan] dari sudut bahasa dan di sisi ulama syara` [adalah merujuk] kepada barang yang mempunyai saiz yang kecil atau besar".
وَالْغَايَاتِ هِيَ النِّهَايَاتُ وَذَلِكَ مِنْ أَوْصَافِ الْأَحْجَامِ.
Terjemahan:
"Dan al-Ghayat adalah pengakhiran dan demikian itu yang bersifat dengan saiz".
 أَمَّا الْأَعْضَاءُ فَهِيَ الْأَجْزَاءُ الْكَبِيْرَةُ كَالرَّأْسِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ.
Terjemahan:
"Adapun al-A`dha’[anggota] ia bermaksud juzuk-juzuk yang besar [daripada anggota badan] seperti kepala, dua tangan dan dua kaki ".
 وَالْأَرْكَانُ هِيَ الْـجَوَانِبُ وَهَذَا مِنْ صِفَاتِ الْأَجْسَامِ، وَتَنَـزَّهُ اللهِ عَنْ أَنْ يَكُوْنَ لَهُ أَدَوَاتٌ أَيْ الْأَجْزَاءُ الصَّغِيْرَةُ كَالْأَنْفِ وَالشَّفَةِ وَالْأَصَابِعِ.
Terjemahan:
"Dan al-Arkan adalah sudut [sisi-sisi] dan ia merupakan salah satu daripada sifat jisim, maha suci Allah daripada ada bagi-Nya Adawat iaitulah juzuk-juzuk yang kecil [daripada anggota-anggota badan] seperti hidung, bibir dan jari jemari ".
قَالَ: لَاتَحْوِيْهِ الْجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ  أَيْ لَايُوْصَفُ اللهَ بِأَنَّهُ تُـحِيْطُ بِهِ الْـجِهَاتُ السِّتُّ كَمَا أَنَّ الْمَخْلُوْقَ تُـحِيْطُ بِهِ الْـجِهَاتُ السِّتُّ، بَعْضَ الْمَخْلُوْقَاتِ فِيْ جِهَةِ فَوْقَ وَبَعْضَهَا فِي جِهَةِ تَـحْتَ وَبَعْضَهَا فِي الشِّمَالِ وَبَعْضَهَا فِيْ جِهَةِ الْـجَنُوْبِ أَمَّا اللهُ فَلَيْسَ مُتَحَيِّزًا فِيْ جِهَةٍ مِنَ الْـجِهَاتِ السِّتُّ، عَلَى هَذَا عُلَمَاءُ السَّلَفِ وَالْـخَلَفِ مِنَ الْصَحَابَةِ وَمَنْ جَاءَ بَعْدَهُمْ، وَمَنْ خَالَفَ هَذَا فَهُوَ كَافِرٌ.
Terjemahan:
"Dan katanya: Allah tidak diliputi oleh arah yang enam sepertimana sekalian ciptaan [makhluk yang diciptakan oleh Allah] iaitulah [maksudnya] Allah tidak disifatkan bahawa Zat-Nya diliputi/dilingkungi oleh arah yang enam seperti makhluk yang [secara tabiatnya] dilingkungi oleh arah yang enam. Setengah makhluk berada pada arah atas, setengah daripadanya berada pada arah bawah, setengah daripadanya berada pada arah timur dan setengah daripadanya berada pada arah selatan. Adapun Allah subhanahu wata`ala tidak mengambil tempat/ruang pada satu arah daripada sekian arah-arah yang enam. Di atas pendapat inilah para ulama’ SALAF dan KHALAF serta mereka yang datang selepas mereka berpegang, barangsiapa menyalahi pendapat ini, maka dia telah kufur [terkeluar daripada Islam] ".


AQIDAH IMAM 4 MAZHAB

MAZHAB HANAFI

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu(W. 150 H) telah berkata di dalam kitabnya al-Fiqh al-Akbar[9]:

"وَللهُ تَعَالَى يُرَىْ فِي الآخِرَةِ، وَيُرَاهُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَهُمْ فِي الْـجَنَّةِ بِأَعْيُنِ رُؤُوْسِهِمْ بِلَا تَشْبِيْهٍ وَلَا كَمِّيَّةٍ، وَلَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ خَلْقِهِ مَسَافَةٍ".
Terjemahan:
"Dan Allah ta`ala dilihat pada hari akhirat, dan dilihat-Nya oleh orang-orang mukmin dengan  mata kepala mereka tanpa penyerupaan dan tanpa bentuk, sedangkan mereka ketika itu berada di dalam syurga. Dan tidak ada di antara-Nya [Allah] dan di antara makhluk-Nya jarak".

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit radiyallahu`anhu(W. 150 H) berkata di dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[10]:

"قُلْتُ: أَرَأَيْتَ لَوْ قِيْلَ أَيْنَ اللهُ تَعَالَى؟ فَقَالَ –أَيْ أَبُوْ حَنِيْفَةَ- :يُقَالُ لَهُ كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يـَخْلُقَ الْـخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَىْ وَلَـمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلَا خَلْقٌ وَلَا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ".
Terjemahan:
"Aku telah bertanya [kepada Abu Hanifah]: Apakah pendapat kamu sekiranya ditanya dimanakah Allah? Maka beliau berkata –iaitu Abu Hanifah-: Dikatakan kepadanya [lelaki tersebut]: Allah ta`ala itu wujud [pada azali tanpa permulaan] tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan makhluk. Dan Allah ta`ala itu wujud [pada azali] tanpa di mana tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun dan Dia pencipta segala sesuatu".

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu(W. 150 H) telah berkata di dalam kitabnya al-Wasiyyah[11]:

"وَلِقَاءُ اللهِ تَعَالَى لِأَهْلِ الْـجَنَّةِ بِلَا  كَيْفَ وَلَا تَشْبِيْهَ وَلَا جِهَةَ حَقٌّ".
Terjemahan:
"Pertemuan dengan Allah Ta`ala bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar".


Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radhiyallahu`anhu(W. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:[12]

"وَنُقِرُّ بِأَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَكُوْنَ لَهُ حَاجَةٍ إِلَيْهِ وَاسْتِقْرَارٌ عَلَيْهِ، وَهُوَ حَافِظُ الْعَرْشِ وَغَيـْرِ الْعَرْشِ مِنْ غَيـْرِ احْتِيَاجٍ، فَلَوْ كَانَ مُـحْتَاجًا إِلَى الْـجُلُوْسِ وَالْقَرَارِ فَقَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ أَيْنَ كَانَ اللهُ؟ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا".

Terjemahan:
"Dan kami yakin Allah subhanahu wata`ala menguasai Arasy tanpa perlu bagi-Nya berhajat kepadanya [Arasy] dan tanpa perlu menetap di atasnya [Arasy], dan Dialah penjaga Arasy selain daripada Arasy tanpa Dia berhajat kepada Arasy dan makhluk-Nya. Seandainya Allah berhajat kepada duduk dan bertempat, lalu di manakah Allah sebelum diciptakan `Arasy? Maha Suci Allah daripada duduk dan bertempat dengan kesucian yang agung."

MAZHAB MALIKI

Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa”sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnyaal-Asma’ Wa al--Sifat[13]:

"يَا أَبَا عَبْد ِاللهِ: الرَّحْمـَــــٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَيْفَ اسْتِوَاؤُهُ؟ قَالَ: فَأَطْرَقَ مَالِكٌ وَأَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُـمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: الرَّحْـمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ، وَلَا يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهَ مَرْفُوْعٌ وَأَنْتَ رَجُلٌ سُوْءٌ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخَرَجُوْهُ. قَالَ فَأَخْرُجَ الرَّجُلَ".
Terjemahan:
"Wahai Abu Abdillah: “Al-Rahman beristawa ke atas Arasy”, bagaimana Dia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudian beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Al-Rahman beristawa ke atas Arasy sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan tidak boleh dikatakan bagaimana [istiwa`-Nya] dan kaif [bagaimana istiwa`-Nya] diangkat daripada-Nya [tidak ada bagi-Nya kaif]. Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi" .

Dan riwayat yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Imam al-Baihaqi:[14]

"الاِسْتِوَاءُ غَيْرُ مَـجْهُوْلٍ وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ، وَالْإِيْـمَانُ بِهِ وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ".
Terjemahan:
"Al-Istiwa’ tidak dijahilkan [iaitu diketahui ia daripada al-Quran] dan Kaif [bagaimana istiwa-Nya] tidak diakalkan [iaitu tidak boleh diterima akal] dan beriman dengannya [istiwa` Allah ta`ala ke atas Arasy] wajib dan bertanya tentangnya [bagaimana istiwa-Nya] adalah bid`ah" .

Terdapat riwayat yang tidak sahih mengenai kata-kata Imam Malik iaitu:

"الاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفِيَّةُ مَـجْهُوْلٌ، وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ".
Terjemahan:
"Al-Istiwa’ maklum [iaitu diketahui ia daripada al-Quran] dan Kaifiyyat [bagaimana istiwa-Nya] dijahilkan [iaitu tidak diketahui] dan bertanya tentangnya adalah bid`ah" .

v  Para alim ulama mengatakan riwayat ini tidak sahih kerana ia telah menisbahkan kaifiyyat terhadap zat Allah, Maha Suci Allah daripada kafiyyat [bentuk dan rupa].


MAZHAB SYAFI`E

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) telah berkata[15]:

"إِنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلَا مَكَان فَخَلَق َالْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الْأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لَا يَـجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغْيِيْرُ فِيْ ذَاتِهِ وَلَا التَّبْدِيْل ُفِيْ صِفَاتِهِ".
Terjemahan:
"Sesungguhnya Dia ta`ala wujud [pada azali] tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia tetap di atas sifat keazalian-Nya sebagaimana Dia wujud [pada azali] sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus [pada akal] berlaku perubahan ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga berlaku penukaran pada sifat-Nya".


 Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu(W. 203 H) berkata[16]:
"مَنِ انْتَهَضَ لِمَعْرِفَةِ مُدَبِّرِهِ فَانْتَهَى إِلَى مَوْجُوْدٍ يَنْتَهِيْ إِلَيْهِ فِكْرُهُ فَهُوَ مُشَبِّهٌ وَإِنِ اطْمَأَنَّ إِلَى الْعَدَمِ الصَّرْفِ فَهُوَ مُعَطِّلٌ وَإِنِ اطْمَأَنَّ إِلَى مَوْجُوْدٍ وَاعْتَرَفَ بِالْعَجْزِ عَنْ إِدْرَاكِهِ فَهُوَ مُوَحِّدٌ".
Terjemahan:
"Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui pentadbirnya [Allah] hingga menyakini bahawa yang ia bayangkan dalam benaknya adalah Allah, maka dia adalah Musyabbihah [orang yang meneyrupakan Allah dengan makhluk-Nya], kafir. Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa Tuhan [Tuhan yang mentadbirnya] maka dia adalah mu`aththil [orang yang meniadakan Tuhan/ atheis]. Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada pencipta yang menciptakannya dan tidak menyerupainya serta mengakui bahawa dia tidak akan dapat membayangkan-Nya maka dia adalah muwahhid [orang yang mentauhidkan Allah]".



MAZHAB HANBALI
Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbalradiyallahu`anhu  (W. 231 H) berkata [17]:
"وَأَنْكَرَ عَلَى مَنْ يَقُوْلُ بِالْـجِسْمِ وَقَالَ إِنَّ الْأَسْـمَاءَ مَأْخُوْذَةٌ بِالشَّرِيْعَةِ وَاللُّغَةِ. وَأَهْلُ اللُّغَةُ وَضَعُوْا هَذَا الاِسْمَ عَلَى كُلِّ ذِيْ طَوْلٍ وَعَرْضٍ وَسَـمْكٍ وَتَرْكِيْبٍ وَصُوْرَةٍ وَتَأْلِيْفٍ وَاللهُ تَعَالَى خَارِجٌ عَنْ ذَلِكَ كُلِّهِ فَلَمْ يـَجُزْ أَنْ يُسَمَّى جِسْمًا لِـخُرُوْجِهِ عَنْ مَعْنَى الْـجِسْمِيَّةِ وَلَـمْ يَـجِئْ فِي الشَّرِيْعَةِ ذَلِكَ فَبَطَلَ".
Terjemahan:                                                                                                                     
"Beliau [Imam Ahmad bin Hanbal] mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman. Beliau [Imam Ahmad] berkata: Sesungguhnya, nama-nama itu diambil daripada syariat dan bahasa. Adapun ahli bahasa [Arab] meletakkan nama tersebut -jisim- dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya, sedangkan Allah  di luar daripada yang demikian [tidak mempunyai cantuman, anggota dan sebagainya] Maka, tidak boleh dinamai Allah sebagai Jisim kerana Allah di luar [terkeluar dari] makna kejisiman [tidak beranggota, tiada ukuran, tiada bentuk dan sebagainya] dan syariat tidak pernah menyebut tentang perkara tersebut [penyamaan Dzat Allah dengan jisim] maka batallah [fahaman Tajsim atau Allah berjisim]". 

Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbalradiyallahu`anhu  (W. 231 H) berkata[18]:

"وَأَمَّا الْإِمَامُ الْـجَلِيْلُ أَبُوْ عَبْدُ اللهِ أَحْـمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ الشَيْبَانـِيْ فَقَدْ ذَكَرَ الشَّيْخُ ابن حَجَرِ الْـهَيْثَمِيْ أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُنَزِّهِيْنَ اللهَ تَعَالَى عَنِ الْـجِهَةِ  وَالْـجِسْمِيَّةِ، ثُـمَّ قَالَ ابْنُ حَجَرٍ مَا نَصَّهُ: وَمَا اشْتَهَرَ بَيْنَ جَهَلَةِ الْمَنْسُوْبِيْنَ إِلَى هَذَا الْإِمَامِ الأَعْظَمِ مِنْ أَنَّهُ قَائِلٌ بِشَيْءٍ مِنَ الْـجِهَةِ أَوْ نَـحْوِهَا فَكِذْبٌ وَبُهْتَانٌ وَافْتِـرَاءٌ عَلَيْهِ".
Terjemahan:
"Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani bahawasanya beliau [Imam Ahmad] dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang [Allah ta`ala] bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau".
Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbalradiyallahu`anhu  (W. 231 H) berkata[19]:
"كَانَ يَقُوْلُ- أَيْ الْإِمَامُ أَحْـمَدُ- فِيْ مَعْنَى الاِسْتِوَاءِ هُوَ العَلُوُّ وَالاِرْتِفَاعُ وَلَـمْ يَزَلِ اللهُ عَالِيًا رَفِيْعًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ عَرْشَهُ فَهُوَ فَوْقَ كُلِّ شَيْءٍ وَالْعَالِيْ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ...عَلا وَلَا يَـجُوْزُ أَنْ يُقَالَ اسْتَوَىْ بِـمُمَاسَةٍ وَلا بِـمُلَاقَاةٍ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا وَاللهُ تَعَالَى لَـمْ يَلْحِقْهُ تَغْيِيْرٌ وَلَا تَبْدِيْلٌ وَلَا تَلْحَقُهُ الْـحُدُوْدُ قَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ وَلَا بَعْدَ خَلْقِ الْعَرْشِ".
Terjemahan:
"Telah berkata –iaitu al-Imam Ahmad- pada menjelaskan tentang makna istawa iaitu ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah ta`ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi [darjat-Nya] sebelum Dia menciptakan `Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi [kedudukan-Nya] daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat Allah ta`ala menyentuh `Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah ta`ala daripadanya [bertempat] setinggi-tinggi-Nya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan `Arasy dan setelah kejadian [terciptanya] `Arasy tersebut".


[1] Ibn al-Hajar al-`Asqalani (t.t), Fath al-Bari, Kaherah: Dar al-Rayyan, j. 6, hlm. 334.
[2] Al-Hafiz Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), al-Asma’ wa al-Sifat, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, h. 400.
[3]  Diriwayatkan oleh al-Imam Badr al-Din al-Zarkarsyi di dalam kitabnyaTasynif al-Masami`.
[4] Abu Mansur Abd al-Qahir al-Baghdadi (t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Beirut: Dar al-Ma`rifah, h. 333.
[5] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat.
[6] Al-Imam al-Hafizh Muhammad Murtadha al-Zabidi al-Husainy (t.t),Ittihaf al-Sadatil-Muttaqin fi Sayrh Ihya’ `Ulumiddin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 4, h. 380.
[7] Al-Imam Abu al-Qasim `Abd al-Karim al-Qushayri (t.t), al-Risalah al-Qushayriyyah, (t.tp): Dar al-Kitab al-`Arabi, h. 6.
[8] Abu Ja`far (t.t.), al-`Aqidah al-Tahawiyyah, h. 28.
[9] Syarh al-Fiqh  al-Akbar li Mulla `Ali al-Qari, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 136-137.
[10] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat –  dikumpulkan  di dalam Majmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan ditahqiq oleh al-Kawthari, h. 20.
[11] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Wasiyyah, h. 4. Dan dinaqalkan juga oleh `Ali al-Qari di dalam kitabnya Syarh al-Fiqh al-Akbar, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 138.
[12] Kitab al-Wasiyyah, dikumpulkan di dalam Majmu` Rasail Abi Hanifahdengan tahqiq al-Kauthari, h. 2. Dan di dalam kitab Syarh al-Fiqh al-Akbar oleh Mulla `Ali al-Qari, h. 70, ketika mana beliau mensyarahkan kata-kata Imam Abu Hanifah: "وَلَكِنْ يَدَهُ صِفَتُهُ بِلَا كَيْفٍ"“Akan tetapi yadd-Nya [Allah] adalah sifat-Nya dengan tanpa kaif”.
[13] Al-Imam al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-`Arsy wa al-Kursi, Dar Al-Jail Beirut, hlm. 568 .
[14] Ibid.
[15] Muhammad Murtada al-Zabidi (t.t), Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, j. 2, h. 23.
[16] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-lain.
[17] Manaqib al-Imam Ahmad oleh al-Imam al-Baihaqi dan rujuk I`tiqad al-Imam al-Mubajjal Ibn Hanbal, h. 294-295.
[18] Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri (t.t), al-Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiyh. 144.
[19] Abu al-Fadhl al-Tamimi (t.t), Risalah al-Tamimi, (t.tp): (t.p), j. 2, h. 265/290.