Friday 31 August 2012

Siri Hadis-Hadis Akhir Zaman1


Siri Hadis-Hadis Tentang Peristiwa-Peristiwa Akhir Zaman-1
UMAT ISLAM AKAN MENGIKUT
JEJAK LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الخُدْرِيِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍوَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي حُجْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ ؛ قُلْنَا: يَارَسُولَ الله (ص) اليَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: فَمَنْ؟
(رواه مسلم)
1-Pengertian Hadis
Dari Abu Said al-Khudri RH katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Riwayat Muslim no: 2669)
2-Huraian hadis
            Hadis ini meramalkan apa yang akan berlaku kepada umat Islam di akhir zaman. Mereka akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sehingga ke lubang biawak pun mereka akan mengikut kedua-dua golongan ini. Menurut Imam Nawawi (شبرا وذراعا) dan (حجر ضب) merupakan tamsil atau perumpamaan (analogy) menunjukkan permuafakatan yang amat rapat dengan idea-idea,  cara-cara atau pemikiran mereka [Syarh Sahih Muslim li Al-Nawawi (166/16)]. Ertinya mereka bersetuju dengan maksiat dan perselisihan tetapi bukan bersetuju dengan kekufuran Yahudi dan Nasrani. Menurut Imam Nawawi lagi hadis merupakan mukjizat Nabi SAW kerana apa yang dikhabarkan oleh Baginda SAW semuanya menjadi kenyataan sekarang.  
3-Peristiwa Semasa
Sekiranya kita perhatikan apa yang berlaku di kalangan umat Islam dewasa ini, kita akan dapati memang telah berlaku satu trend di mana umat Islam akan mengikut Yahudi dan Nasrani ini. Umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam segenap segi kehidupan mereka sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial atau akhlak. Bahkan umat Islam akan bersetuju, berlapang dada atau suka dengan apa-apa yang disuarakan oleh Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan mereka sekali pun dalam menangani masalah umat Islam sendiri.
Dalam soal politik umpamanya, orang Islam lebih cenderung mengikut idea-idea politik Barat daripada sirah Nabawiyyah dan sejarah tamaddun Islam. Mereka terpengaruh dengan ’kecanggihan Barat’ dalam bidang politik. Mereka merasa sekiranya mereka tidak mengikut Barat mereka akan ketinggalan dan dipandang mundur. Mereka sebenarnya telah terpengaruh dengan Fahaman Modernisme yang dicanang oleh orientalis Barat yang anti kepada Islam. Apabila runtuhnya hegemoni politik Islam dengan keruntuhan Kesultanan Turki Othmaniah, mereka semakin rancak mengobarkan fahaman mereka. Mereka mahu menguasai dunia dengan ideologi-ideologi mereka yang sesat dan menyesatkan itu.
Macamana dikatakan sesat dan menyesatkan? Ideologi atau fahaman moden sesat kerana ideologi moden meminggirkan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan mereka. Ingatlah firman Allah yang berbunyi:
وَمَن يَبتَغِي غَيرَ الإِسلاَمِ دِينًا وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الخَاسِرِينَ ()
Usaha mereka dewasa ini untuk menguasai dunia dengan ideologi mereka menjadi lebih mudah kerana anak-anak umat Islam dihantar untuk di negara-negara Barat untuk memperoleh ijazah, sarjana atau Doktor Falsafah dalam bidang tertentu. Mereka boleh meracuni minda pelajar-pelajar kita yang kita hantar belajar dibawah pengawasan mereka. Pucuk dicita ulam mendatang. Daging ayam diberikan kepada musang. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk menerapkan fahaman mereka dengan berselindung disebalik slogan yang canggih seperti ’Kemakmuran, pembangunan, kecanggihan, kemodenan dan lain-lain.
Sebenarnya tujuan penghantaran mereka belajar di sana tidak lain tidak bukan ialah untuk memanfaatkan ilmu-ilmu Barat untuk memajukan negera Islam. Tujuannya nampak baik tetapi malangnya anak-anak Islam ini tidak diajar dengan agama Islam yang kukuh sehingga mereka berasa tidak ada apa salahnya dengan ilmu-ilmu Barat ini dan mereka menelan bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh pensyarah mereka tanpa menilai kesesuaian ilmu-ilmu Barat itu dengan Islam. Inilah kesilapan pertama ibu-bapa anak-anak kita yang dihantar belajar di Barat.
Anak-anak kita yang belajar di sana memang cerdik. Mereka belajar teori-teori politik Barat dan mengambil idea-idea politik Barat semuanya sama ada yang bersesuaian dengan Islam atau pun tidak untuk mentadbir negara umat Islam. Malangnya mereka tiada asas agama yang kuat untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Ideologi-ideologi Barat seperti sekularisme, sosiolisme, komunisme, liberalisme, pluralisme, pragmatisme dan banyak lagi isme-isme sesat lain untuk diterapkan, ditanamkan dan dipaksakan ke dalam diri umat Islam untuk ditelan oleh mereka tanpa menilai sama ada isme-isme itu sesuai atau pun tidak dengan Islam. Akibatnya, lahirlah tokoh-tokoh tertentu dari kalangan umat Islam yang terpukau dengan kilauan ilmu dan kemajuan Barat sehingga mereka berasa bahawa Barat adalah segalanya.
Mereka memaksa kerangka sejarah Eropah kepada masyarakat Islam. Mereka berasakan bahawa umat Islam hanya akan maju dengan mengikut cara Eropah. Eropah menjadi sekular dengan menolak kristianity, mereka juga berasakan umat Islam wajar menghadkan pengaruh agama kepada orang Islam sedangkan Eropah dan Islam bagaikan langit dan bumi. Sepatutnya mereka sedar bahawa penduduk Eropah yang beragama Kristian Cuma mengecapi kemajuan setelah mereka meninggalkan ajaran Gereja yang tidak rasional. Gereja mengongkong mereka sejak beratus2 tahun. Kenapa Gereja mengongkong mereka? Gereja disebabkan jauh dari petunjuk Ilahi, ajarannya telah jauh terseleweng dari syariat Isa Alaihi Salam. Sedangkan umat Islam semakin kuat mereka berpegang kepada Islam semakin maju mereka.
Kelahiran tokoh-tokoh cerdik pandai yang memegang title Dr. dan sebagainya dalam bidang agama dan lain-lain memukau umat Islam yang kurang ilmu. Sekilas pandang nampaknya bagus kerana kita ada pakar2 agama yang bertaraf professor dan professor madya. Mereka yang kurang ilmu terus akan terpukau dengan PhD mereka. Rupa-rupanya mereka ini berfahaman Liberal atau sekular. Itulah malangnya. Inilah apa yang berlaku di negara jiran kita. Mereka akan mengelirukan bahkan mungkin menyesatkan umat Islam dengan fahaman sesat mereka. Nampaknya umat Islam tak habis2 terkena musibah. Musibah pertama musibah kejahilan dan kesilapan politik yang timbul dari sifat tamakkan kuasa. Pemimpin umat Islam bergaduh sesama sendiri menyebabkan penjajah Barat masuk menjajah kita. Umat ditipu oleh penjajah Barat sehingga tergadai tanah air.
Semua ini berlaku kerana perasaan tamak kepada kuasa. Kesan perasaan tamak cukup berat. Kesan perasaan tamak kedapatan di mana2 dalam sejarah umat Islam. Kerajaan Islam Andalusia jatuh kerana perasaan tamak. Muslim berperang sesama sendiri menyebabkan musuh menyerang dan menakluki Andalusia selepas 800 tahun bertapak di sana. Kesan-kesan tamaddun Islam masih lagi kelihatan di sana. Masjid-masjid ditukar menjadi gereja. Ayat-ayat Al-Quran yang menjadi hiasan di masjid2 tersebut masih kelihatan di dinding-dnding gereja tersebut. Akibatnya semua orang Islam dihalau atau dibunuh dari Asbania (Nama Islam kepada Sepanyol). Adakah Umat Islam belajar dari kesilapan lalu? Tidak! Mereka tak belajar! Di negeri kita pemimpin Islam bergaduh sesama sendiri menyebabkan penjajah British masuk menjajah.
Musibah kedua pun kerana kejahilan dan terpukau dengan kelayakan akademik tanpa menilai isi atau substance. Mereka percaya bahawa segala yang dikata oleh seorang Dr yang ada PhD itu betul semuanya. Mereka taklid buta dengan dia. Segala apa yang dikatanya diikut membabi-buta tanpa usul periksa. Itulah musibah kedua.
Seterusnya umat Islam menurut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam bidang ekonomi. Mereka mempromosikan sistem ekonomi kapitalis yang menghalalkan riba. Mereka memperkenalkan system jahiliah yang bercanggah dengan Islam. Mereka menggadai agama mereka demi kemodenan. Bagi mereka system barat system yang maju dan canggih walau pun bercanggah dengan Islam. Haram hukumnya umat islam mengatakan sistem kapitalis Barat itu halal kerana sistem kapitalis Barat memang bercanggah dengan ajaran Islam. Alhamdulillah di negara kita telah ada sistem perbankan Islam tetapi di manakan sistem perbankan Islam sebelum tahun 80an?
Dalam bidang sosial-budaya pula, mereka menelan system sosial barat untuk dipaksakan kepada umat Islam. Mereka menggalakkan fahaman individualis bertapak dalam masyarakat. Apakah dia fahaman individualis? Fahaman mementingkan individu tidak masyarakat. Orang Islam mula bersikap individualistik. Mereka Cuma pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan masyarakat sekiling. Sikap individualistik ini merupakan pengaruh Barat.
Golongan umat Islam terdedah dengan ilmu-ilmu dan kemajuan Barat. Mereka cuba memajukan negeri mereka sebagaimana kemajuan Barat. Mereka memuja Barat melebihi kagum mereka terhadap Islam itu sendiri dek kerana ceteknya ilmu agama mereka sedangkan Islam itu telah sempurna sebagaimana firman Allah:
اليَومَ أَكمَلتُ لَكُم دَينَكُمْ وَأَتمَمتُ عَلَيكُم نِعمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسلاَمَ دِينًا

Umat Islam marhain yang tidak begitu pendidikan menjadi keliru. Sistem Barat sebenarnya asing kepada umat Islam. Pendidikan Barat adalah sekular iaitu pendidikan yang terpisah dari ruh agama. Agama dianggap sebagai hak individu. Kalau diberi ruangan yang lebih besar pun, Cuma melibatkan juzuk-juzuk tertentu dalam kehidupan sahaja. M
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ(ص): بَدَأَ الاِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُودُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاْءِ
(رواه مسلم)
(Riwayat Muslim no: 145)

Menurut Qadhi Iyadh Rahimahumullah, makna (غريبا)  di sini sebagaimana riwayat Ibnu Abu Uwais dari Imam Malik RH ialah Islam bermula di Madinah dan akan kembali ke sana. Berkata Qadhi Iyadh RH lagi, makna zahir hadis ini ialah Islam bermula dengan individu-individu tertentu yang sedikit. Kemudian, Islam berkembang dan mengalami kemerosotan sehingga yang tinggal hanyalah pengikutnya yang sedikit. Mengenai makna (الغرباء) pula, al-Harawi[1] menafsirkannya sebagai golongan Muhajirin yang berhijrah meninggalkan tanah air mereka kerana cintakan Allah Taala.
 hadis ini ialah Islam akan menjadi asing sebagaimana asingnya Islam ketika Nabi Muhammad SAW mula menyebarkannya dulu.  [Syarh Sohih Muslim (334/2)]
3-Sasaran Serangan Yahudi & Nasrani Kepada Masyarakat Islam
3.1 Fahaman Pluralisme Agama-Sasaran: Pemimpin-Pemimpin Umat Islam. Akibat: Mereka menganggap agama semuanya sama sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang Dia redhai. Firman Allah:
اليَومَ أَكمَلتُ لَكُم دِينَكُمْ وَأَتمِمتُ عَلَيكُم نِعمَتِيْ وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسلاَمَ
دِينًا
Pada hari ini Aku sempurnakan agama kamu, Aku cukupkan nikmat-Ku
Ke atas kamu dan AKu redha Islam sebagai agama
          Di Malaysia perjuangan IFC (Interfaith Commission) wajar ditentang habis-habisan. IFC ialah gabungan yang dianggotai oleh wakil agama2 di Malaysia seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain2. Mereka menuntut layanan sama rata daripada kerajaan. Yang malangnya ada juga NGO melayu Islam yang menyertai forum IFC ini.
3.2 Fahaman Liberalisme-Sasaran: Golongan Professional seperti doktor,  Lawyer, Arkitek, guru dll. Kesan: Mereka yang tidak ada asas agama yang kuat akan terpengaruh dan mereka akan bersikap liberal (longgar) terhadap ajaran agama. Mereka juga mungkin akan memberi tafsiran baru kepada agama. Contohnya: Hukum menutup aurat mereka akan katakan bahawa menutup aurat bukan aurat yang kita fahami tetapi menutup minda dari unsur-unsur yang merosakkan umpamanya. Mereka cuba menyesuaikan agama dengan kehidupan moden. Contohnya: Mereka terpengaruh dengan gerakan wanita seluruh dunia, mereka akan menyeru supaya hukum faraidh yang memberi anak lelaki 2 bahagian dan anak perempuan 1 bahagian dimansuhkan dan anak lelaki dan perempuan mendapat bahagian yang sama dari harta pusaka. Contoh NGO yang aktif memperjuangkan idea-idea persamaan di antara lelaki dan wanita ini ialah Sisters In Islam. Sisters In Islam ini merupakan contoh Islam Liberal di Malaysia.
3.3 Budaya Hedonisme-Apa dia Hedonisme ini? Hedonisme (daripada perkataan  bahasa Greek: hēdonismos: kemeriahan atau  hēdonē: keseronokan). Hedonisme merupakan fahaman  falsafah bahawa keseronokanmerupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme kini telah menular di kalangan remaja bukan saja di dalam negara malaysia, malah masalah ini telah menjadi masalah di peringkat global dan masih lagi dipandang enteng oleh pihak-pihak berkuasa.Sasaran: Golongan Remaja. Remaja disogokkan dengan hiburan yang melampau menyebabkan mereka jauh dari agama. Kesannya: Menyebabkan mereka lalai dari matlamat hidup mereka. Mereka mengejar hiburan ala Barat yang bukan menghiburkan malahan menjauhkan mereka dari Allah. Firman Allah Taala:
أَلاَ بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلُوبُ
Hati mereka menjadi kosong dari ketenangan dan sakinah. Kerana hiburan Barat bukannya menghibur dalam erti kata yang sebenar. Hati mereka menjadi semakin gelisah. Mereka hilang hala tuju. Mereka tercari-cari cara hidup yang sebenarnya. Kerana itulah kes-kes bunuh diri di negara2 Barat semakin meningkat.
3.4 Masalah Khilafiah. Sasaran: Golongan Agama atau mereka yang minat kepada agama. Kesan: Masyarakat akan kucar-kacir dan berpecah-belah. Penyelesaiannya: Adalah menjadi tugas kerajaan adalah untuk membanteras gejala-gejala yang boleh memecah-belahkan masyarakat. Elakkan diri dari berbincang tentang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak iaitu para ulama. Biarlah golongan agama dan ulama sahaja yang berbincang tentang perkara2 khilafiah ini kerana mereka lebih pakar. Masalah khilafiah memang tidak dapat dielakkan dalam Islam kerana banyak sebab.



[1]

Al-Quran & Kelebihan-Kelebihannya



Al-Quran & Kelebihan-Kelebihannya
               
Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana pada hari  ini kita masih
diberikan peluang oleh Allah SWT untuk terus menghirup udara segar di atas bumi Allah yang cantik ini. Kita bersyukur kepada-Nya kerana melimpahkan  kepada kita dengan limpahan kurnia yang tidak terhingga. Kita diberikan rezeki yang cukup banyak. Antara kurniaan-Nya yang terbesar kelebihan ialah Iman dan Islam. Seterusnya, Islam mengajar kita untuk mempercayai al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS.
Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan kepada umat manusia
untuk diimani dan diamalkan isi kandungannya. Al-Quran merupakan petunjuk kepada seluruh umat manusia dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga zaman manusia terakhir sebelum dunia ini kiamat. Al-Quran merupakan kesenambungan kitab-kitab suci terdahulu yang diturunkan kepada rasul-rasul terdahulu. Ramadhan merupakan bulan mulia. Kenapa ramadhan mulia? Antara sebabnya ialah kerana diturunkan Al-Quran padanya iaitu Nuzul Al-Quran.
            Takrif Al-Quran:
            Al-Quran mempunyai banyak nama. Antaranya:
            1-Al-Kitab:
ذَلِكَ الكِتَابُ لاَرَيبَ فِيهِ هُدًى لِلمُتَّقِينَ
2.  Kitab[11][1] (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa[12],[2]
[Surah Al-Baqarah: 2]
            2-Al-Quran:
 إِنَّا عَلَينَا جَمْعَهَهُ وَقُرآنَهُ.فَإِذَا قَرَأْناه فَاتَّبِعْ قُرآنَهُ
17.  Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.18.  Apabila kami Telah selesai membacakannya Maka ikutilah bacaannya itu.
[Surah Al-Qiamah: 17-18]]
            3-Al-Furqan:
تَبَارَكَ الَّذِيْ نَزَّلَ الفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلعَالَمِيْنَ نَذِيْرًا
1.  Maha Suci Allah yang Telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam[1052][3]
[Al-Furqan: 1]
            4-Al-Zikr:
هَذَا ذِكْرٌ مُبَارَكٌ أَنْزَلْنَاهُ.أَفَأَنْتُمْ لَهُ مُنْكِرُوْنَ
50.  Dan Al Quran Ini adalah suatu Kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang Telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya?
[Surah Al-Anbia’: 50]
            Takrif dari Sudut Istilah Syarak:
Dari sudut syarak, ulama mempunyai beberapa takrif. Mereka mendefinisikan Al-
Quran mengikut bidang masing-masing. Menurut Syeikh Ali As-Sobuni, takrifan yang disepakati ulama ialah:
هُوَ كَلاَمُ اللهِ المُعْجِزُ، المُنَزَّلُ عَلَى خَاتَمِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرسَلِيْنَ، بِوَاسِطَةِ الأَمِيْنِ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ المَكْتُوبُ فِيْ المَصْحَفِ، المَنْقُولُ إِلَيْنَا بِالتَّوَاتُرِ المُتَعَبَّدُ بِتِلاَوَتِهِ، المَبْدُوءُ بِسُورَةِ الفَاتِحَةِ وَالمُخَتَّمُ بِسُورَةِ النَّاسِ.
            Al-Quran merupakan kalam Allah yang menjadi mukjizat yang diturunkan kepada penutup segala Nabi dan Rasul AS melalui perantaraan Malaikat Jibril AS. Al-Quran ditulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir, dikira ibadat kepada mereka yang membacanya, dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas.
[Dr. Muhammad Ali As-Sobuni, At-Tibyan fi Ulum Al-Quran, hal. 6, Cetakan Dar As-Sobuni (1420H)]
1)      Kelebihan al-Quran
a-Tiada keraguan padanya. Firman Allah SWT:
yذَلِكَ الكِتاَبُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْن
2.     Kitab[11][4] (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa[12],[5]
 (Surah Al-Baqarah:2)
b-Al-Quran Mengeluarkan Manusia dari Kekufuran kepada Petunjuk.
Firman Allah Taala:
الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (١)
1.  Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
[Surah Ibrahim: 1]
c-Mengangkat martabat manusia menjadi yang terbaik. Sabda Nabi SAW:
Dari Ali RH & Othman RH, Sabda Nabi SAW:
خَيرُكُم مَن تَعَلَّمَ القُرآنَ وَعَلَّمَهُ
[ (خ ت) عن علي رضه (حم د ت هـ) عن عثمان رضه. (صح): صحيح البخاري]
(Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya (kepada orang lain)
 [HR al-Bukhari, Abu Daud, At-Tarmizi, Ibnu Majah & Ahmad]
خِيَارُكُم مِن تَعَلَّمَ القُرآنَ وَعَلَّمَهُ
[ (هـ) عن سعد رضه.(صح): الجامع الصغير(3982)، الصحيحة (1171)]
Mereka yang terbaik dari kalangan kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarnya
[HR. Ibnu Majah: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Sayuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3982) & Al-Albani (Silsilah Al-Ahadith As-Sohihah: 1171)]
d-Mengeluarkan manusia daripada kekufuran kepada Petunjuk.
Firman Allah Taala:
الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ 
1.  Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Surah Ibrahim: 1)
e-Menyelamatkan manusia daripada seksa neraka. Sabda Nabi SAW:
Allah tidak akan mengazab hati yang menghafal al-Quran
 (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
f-Menjadi syafaat kepada pembaca yang beramal dengan hukum-hakamnya. Sabda Nabi SAW:
اقْرَأُوا القُرآنَ.فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيْعًا لأَصْحَابِهِ...
Bacalah al-Quran sesungguhnya al-Quran akan datang memberikan  syafaat kepada pembacanya.
 (Hadis riwayat Muslim)
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
الصِّيَامُ وَالقُرآنُ يَشْفَعَانِ لِلعَبْدِ يَومَ القِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، إِنِّيْ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشِّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ، وَيَقُولُ القُرآنُ: رَبِّ مَنَعتُهُ النَّومَ بِالَّليْلِ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ، فَيُشَفَّعَانِ.
[(حم طب ك هب) عن ابن عمر رضهما.(صح): الجامع الصغير(5203)، صحيح الترغيب (983)]
Puasa dan Al-Quran akan memohon syafaat kepada seseorang hamba pada Hari Qiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menegahnya makan dan nafsu syahwat dengan Api Neraka. Berikanlah syafaat kepadanya. Al-Quran berkata: Wahai Tuhan! Aku telah menegahnya dari tidur malam. Berikanlah syafaat kepadanya. Lalu hamba itu diberi syafaat.
[HR. Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim & Al-Baihaqi: hadis dinilai sahih oleh Imam As-Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 5203) & Al-Albani (Sohih At-Targhib: 983)]
Menurut Syeikh Dr. Mustafa Bugha et al. maksud pembaca di sini bukan setakat membaca tetapi beramal juga dengan hukum hakamnya (Kitab Nuzhah al-Muttaqeen, Dr. Mustafa Bugha et al (hlm.5/Jil.1), Muassasah al-Resalah, Beirut, Lubnan)
f-Al-Quran akan berhujah di depan Allah untuk membela pembaca yang beramal dengannya. Sabda Nabi SAW:
Akan dihadapkan manusia di hadapan Allah di Hari Qiamat dengan al-Quran yang diamalkannya dimulai oleh Surah al-Baqarah kemudian Surah Ali ‘Imran. Kedua-duanya akan berhujah mewakili pembaca yang beramal dengannya.
 (Hadis riwayat Muslim)
g-Mukmin yang membaca al-Quran mendapat kedudukan tertinggi. Sabda Nabi SAW:
مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِيْ يَقْرَأُ القُرآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ. رِيْحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ.وَمَثَلُ المُؤْمِنِ لاَ يَقْرَأُ القُرآنَ مَثَلُ التَّمرَةِ لاَ رِيْحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ.وَمَثَلُ المُنَافِقِ الَّذِيْ يَقْرَأُ القُرآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيْحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ.وَمَثَلُ المُنَافِقِ لاَ يَقْرَأُ القُرآنَ كَمَثَلِ الحَنْظَلَةِ لَيسَ لَهَا رِيْحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ.
Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran itu seperti al-utrujjah ; baunya wangi rasanya juga sedap. Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma; tiada bau tetapi rasanya manis. Munafiq yang membaca al-Quran pula seperti raihanah; baunya wangi tetapi rasanya pahit. Munafiq yang tidak membaca al-Quran pula seperti labu pahit; baunya tiada rasanya pula pahit
 (Hadis Muttafaq ‘alaih)
(Al-utrujjah merupakan sejenis buah yang berbau wangi serta sedap rasanya. Raihanah pula merupakan sejenis tumbuhan (Dr. Mustafa Bugha et. al, Kitab Nuzhah al-Muttaqeen-Syarah Riyadh al-Soleheen Imam Nawawi)
g-Mengamalkan al-Quran akan memuliakan sesebuah bangsa. Sabda Nabi SAW:
Dari Omar Al-Khattab RH, Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَرْفَعُ بِهَذَا الكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ.
[(م هـ) عن عمر رضه.(صح): صحيح مسلم]
Sesungguhnya Allah akan mengangkat martabat sesuatu kaum yang beramal dengan al-Quran dan menghina kaum yang tidak beramal dengannya
[HR. Muslim & Ibnu Majah]
h-Terpelihara daripada sebarang perubahan. Firman Allah SWT:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (٩)
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran,
dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya[6]
  (Surah Al-Hijr:9)
j-Membacanya beroleh pahala. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah ke atasnya satu kebaikan, Satu kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif satu huruf tetapi alif satu huruf lam satu huruf mim satu huruf
 (Hadis Riwayat At-Tarmizi)
k-Pelepas Dari Syirik
Dari Naufal bin Muawiyah RH, Sabda Nabi SAW:
إِذَا أَخَذْتَ مَضْجَعَكَ مِنَ اللَّيْلِ فَاقْرَأْ (يَاأَيُّهَا الكَافِرُونَ) ثُمَّ نِمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا، فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مَنَ الشِّرْكِ.
[(د ت حم هب ك) عن نوفل بن معاوية رضه (ن) والبغاوي وابن قانع، والضياء عن جبلة بن حارثة رضه.(صح): الجامع الصغير(367)، (ح) المشكاة(2161)]
     Apabila kamu membaringkan badan untuk tidur pada waktu malam, maka hendaklak kamu membaca Surah (قل يا أيها الكافرون) kemudian tidurlah apabila selesai membacanya.  Sesungguhnya surah itu pelepas dari syirik
[HR Abu Daud, At-Tarmizi, Ahmad, Al-Baihaqi dan Al-Hakim: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam As-Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 367) & Al-Albani ( Al-Misykat: 2161)]
l-Darjat-Darjat Surah dalam Al-Quran
Dari Ibnu Abbas RH, Sabda Nabi SAW:
﴿إِذَا زُلْزِلَتِتَعْدِلُ نِصْفَ القُرآنِ،وَ﴿قُل يَاأَيُّهَا الكَافِرُونَتَعْدِلَ رُبُعَ القُرآنِ، وَ﴿قُل هُوَاللهُ أَحَدٌتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرآنِ.
[(ت ك هب) عن ابن عباس رضهما.(صح): الجامع الصغير(659)]
Surah (إذا زلزلت) menyamai separuh al-Quran. Surah (قل ياأيها الكافرون) menyamai ¼ Al-Quran dan Surah (قل هو الله أحد) menyamai 1/3 Al-Quran
[HR. At-Tarmizi, Al-Baihaqi & Al-Hakim: Dinilai sahih oleh Imam Suyuthi dalam Al-Jami As-Soghir  no: 659]
m-Galakan Membaca Al-Quran
Dari Al-Barra’ bin Azib RH, Sabda Nabi SAW:
اقْرَأْ. فُلاَنُ.فَإِنَّهَا السَّكِيْنَةُ تَنَزَّلَتْ عِنْدَ القُرآنِ.أَوْ تَنَزَّلَتْ لِلقُرآنِ
[(ق) عن البراء بن عازب رضه]
Bacalah. Wahai Fulan. Sesungguhnya ketenangan turun di sisi Al-Quran.
[HR Al-Bukhari & Muslim]
Dari Ibnu Omar RH, sabda Nabi SAW:
اقْرَإِ القُرآنَ فِي أَربَعِينَ.
[(ت) عن ابن عمر رضهما.(ح): الجامع الصغير(1330)، الصحيحة (1512)]
Bacalah Al-Quran pada 40 hari (sekali khatam)
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Sayuthi (Al-Jami’ As-Soghir :1330) & Al-Albani (Silsilah Al-Ahadith As-Sohihah:1512)]
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
اقْرإِ القُرآنَ فِي كُلِّ شَهْرٍ، اقْرَأْهُ فِي عِشْرِينَ لَيلَةً، اقْرَأْهُ فِي عَشْرٍ اقْرَأْهُ فِي سَبعٍ، وَلاَ تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ.
[(ق د) عن ابن عمر رضهما.(صح): صحيح البخاري وصحيح مسلم]
Bacalah Al-Quran pada setiap bulan (sekali khatam) atau khatamkanlah ia pada setiap 20 malam atau khatamkanlah ia pada setiap 10 hari atau khatamkanlah ia pada setiap 7 hari dan jangan lebih daripada itu
[HR.Al-Bukhari, Muslim & Abu Daud]
                Dari Al-Barra’, Sabda Nabi SAW:
حَسِّنُوا القُرآنَ بِأَصوَاتِكُم فَاِنَّ الصَّوتَ الحَسَنَ يَزِيدُ القُرآنَ حَسَنًا
[ (الدارمي في الصلاة (ك) عن البراء.(ح): الجامع الصغير(3726)،(صح): صحيح أبي داود(1320)]
Perbaikilah (bacaan) Al-Quran (kamu) kerana (bacaan dengan) suara yang baik itu meningkatkan kebaikan Al-Quran
[HR. Ad-Darimi & Al-Hakim: dinilai hasan oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3726) & sahih oleh Al-Albani (Sahih Abi Daud: 1320)]
n-Pembaca Al-Quran disayangi Allah
Dari Ibnu Mas’ud RH, Sabda Nabi SAW:
ثَلاَثٌَ يُحِبُّهُمُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ:رَجُلٌ قَامَ مِنَ اللَّيلِ يَتْلُو كِتَابَ اللهِ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ صَدَقَةً بِيَمِينِهِ يُخْفِيهَا مِنْ شِمَالِهِ، وَرَجُلٌ كَانَ فِي سَرِيَّةٍ فَانهَزَمَ أَصحَابُهُ فَاستَقْبَلَ العَدُوَّ.
[(ت) عن ابن مسعود رضه.(صح): الجامع الصغير(3552)]
Tiga golongan yang dicintai Allah Azza Wa Jalla: Lelaki yang bangun ditengah malam lalu membaca al-Kitab (Al-Quran), Lelaki yang bersedekah dengan tangan kanan dan menyembunyikannya dari tangan kirinya dan lelaki yang berjuang di medan perang pada jalan Allah.
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3552)]
o-Al-Quran itu cahaya dan jalan yang lurus
Sabda Nabi SAW:
القُرآنُ هُوَ النُّورُ المُبِينُ، وَالذِّكْرُ الحَكِيمُ، وَالصِّرَاطُ المُسْتَقِيمُ.
[(هب) عن رجل. (ح): الجامع الصغير(6186)، (ض): ضعيف الجامع (4140)]
Al-Quran itu cahaya yang jelas, zikir yang baik dan jalan yang lurus
[HR. Al-Baihaqi: Dinilai hasan oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 6186) & Daif oleh Al-Albani (Doif Al-Jami’ :4140) ]
p-Larangan-Larangan Tentang Al-Quran

Dari Abu Hurairah RH, Sabda Nabi SAW:
الجَدَالُ فِي القُرآنِ كُفْرٌ.
[(ك) عن أبي هريرة رضه.(صح): صحيح الترغيب(139)]
Perdebatan tentang Al-Quran boleh membawa kepada kekufuran.
[HR Al-Hakim: Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Albani (Kitab Sahih At-Targhib: 139)]
Dari  Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
لاَ يَقْرَأُ الجُنُبُ وَلاَ الحَائِضُ شَيئًا مِنَ القُرآنِ.
[(ت حم هـ) عن ابن عمر رضهما.(ح): الجامع الصغير(9983)، (ض): إرواء الغليل(192)]
Orang yang berjunub dan haidh dilarang membaca Al-Quran
[HR. At-Tarmizi, Ibnu Majah & Ahmad]
            Dari  Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
لاَ يَمَسُّ القُرآنَ إِلاَّ طَاهِرٌ
[(طب) دري ابن عمر رضي الله عنهما. حسن :الجامع الصغير(9986).صحيح:الألباني(صحيح: المشكاة (465)]
Dilarang menyentuh Al-Quran kecuali mereka yang suci (berwudhu’)
[HR. At-Tabrani: Hadis ini dinilai hasan oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 9986), Sahih oleh Al-Albani (Al-Misykat:465)]
            Dari Jundab RH,Sabda Nabi SAW:
مَنْ قَالَ فِيْ القُرآنِ بِرَأْيِهِ فَأَصَابَ فَقَدْ أَخْطَأَ.
[(3) عن جندب رضه.(صح): الجامع الصغير(8900)، (ض): المشكاة (235)]
Sesiapa yang berkata tentang Al-Quran dengan fikirannya sendiri lalu benarlah pendapatnya maka beliau tetap bersalah
[HR. Abu Daud, At-Tarmizi & An-Nasai: Hadis ini dinilai sahih oleh Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 8900) daif oleh Al-Albani (Al-Misykat: 235)]
Dari Ibnu Abbas RH, Sabda Nabi SAW:
مَنْ قَالَ فِيْ القُرآنِ بِغَيرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.
[(ت) عن ابن عباس رضه.(ح):الجامع الصغير (8899)]
Sesiapa yang berkata (mentafsir) Al-Quran tanpa ilmu, maka bersedialah tempat duduknya (sebagai seksaan) dari api neraka
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini sahih di sisi Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 8899)]
q-Penawar dan Rahmat kepada Orang-Orang Mukmin
Firman Allah Taala:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا (٨٢)
82.  Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
[Surah Al-Israk: 82]
r-Masyarakat yang beramal dengan Al-Quran akan mendapat keberkatan

Dari Omar Al-Khattab RH, Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَرْفَعُ بِهَذَا الكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ.
[(م هـ) عن عمر رضه.(صح): صحيح مسلم]
Sesungguhnya Allah akan mengangkat martabat sesuatu kaum yang beramal dengan al-Quran dan menghina kaum yang tidak beramal dengannya
[HR. Muslim & Ibnu Majah]
Marilah kita bersama-sama membaca dan beramal dengan al-Quran supaya kita semua akan sentiasa mendapat pahala, rahmat, keampunan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah pada Hari Akhirat kelak. Umat Islam wajib yakin bahawa al-Quran adalah sebagai penyelamat di dunia & akhirat. Akan tetapi, ramai ahli masyarakat kita lebih mempercayai sistem atau ideologi yang dibawa dari Barat baik, sekularisme, liberalisme, pragmatisme dan lain-lain ideologi sesat yang lain. Kalau ideologi Barat diutamakan dan isi kandungan al-Quran tidak diamalkan, adakah masih dinamakan percaya kepada al-Quran? Umat Islam yakin kepada al-Quran sebagai kalam Allah yang azali, tetapi kenapa isi kandungan al-Quran tidak diamalkan dalam kehidupan kita daripada bab sekecil-kecilnya hingga kepada bab pemerintahan negara? Adakah ini masih dianggap percaya kepada al-Quran? Kenapa surat khabar boleh dibaca setiap hari tetapi al-Quran malas dibaca? Adakah kalam manusia lebih diutamakan daripada kalam Allah? Fikir-fikirkanlah saudara-saudariku.…wallahu a’lam..wasalam.



[1] [11]  Tuhan menamakan Al Quran dengan Al Kitab yang di sini berarti yang ditulis, sebagai isyarat bahwa Al Quran diperintahkan untuk ditulis.
[2] [12]  takwa yaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-perintah-Nya; dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya; tidak cukup diartikan dengan takut saja.
[3] [1052]  maksudnya jin dan manusia.

[4] [11] Tuhan menamakan Al Quran dengan Al Kitab yang di sini berarti yang ditulis, sebagai isyarat bahwa Al Quran diperintahkan untuk ditulis
[5].[12] takwa yaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-perintah-Nya; dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya; tidak cukup diartikan dengan takut saja.

[6] yat Ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama-lamanya.

Akhlak Mulia dan Kelebihan-Kelebihannya2



Suara Dakwah
Oleh: Kedar (Kelab Dakwah & Kerohanian, SMK Dato’ Hj. Hussein, 34100 Selama, Perak
  Bil: 1 Tahun: 1 Tarikh: 13hb Syawwal 1433H/31 hb Ogos  2012
Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan Iman dan Islam kepa
-da kita sehingga kita mengenal Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, malaikat-malaikat-Nya. Kita bersyukur kepada-Nya kerana menjadikan kita orang yang berilmu dan mencukupkan rezeki-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Kita bersyukur kerana Dia menjadikan hari-hari yang kita jalani sentiasa tenteram dan aman.  Sekiranya kita mahu menghitung segala nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita nescaya kita tidak akan dapat menghitungnya walau kering air lautan untuk dijadikan dakwat (Maksud ayat al-Quran). Segala pemberian Allah itu wajib disyukuri. Sekiranya kita bersyukur nescaya Allah akan tambahkan lagi pemberian-Nya kepada kita (Maksud ayat Al-Quran). Terlalu banyak cara kita boleh lakukan untuk bersyukur kepada Allah. Antaranya ialah  berakhlak mulia mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
AKHLAK DAN KEPENTINGANNYA
            Ikhwani muslimin & muslimat rahimakumullah…
Kembali kepada perbincangan kita pada keluaran yang lalu tentang akhlak mulia. Tajuk akhlak sememangnya relevan dengan kita sebagai warga sekolah kerana sememangnya kita terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan akhlak. Akhlak mulia merupakan salah satu objektif P&P di sekolah. Kita mahu semua warga sekolah berakhlak mulia bukan hanya murid-murid sekolah sahaja malah semua warga pendidik tanpa mengira status.
            Akhlak adalah perkara yang menjadi salah satu tajuk perbincangan utama semenjak duhulu hinggalah sekarang. Perbincangan mengenai akhlak menjadi semakin relevan dewasa ini terutamanya ketika akhlak manusia menjadi semakin teruk. Maksiat makin berleluasa. Kes-kes zina, mencuri, liwat telah menjadi berita biasa. Kes-kes tangkapan khalwat terus meningkat terutamanya melibatkan pekerja kilang, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah.[1]Jumlah kes kelahiran anak luar nikah juga semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ini tidak termasuk gejala Black Metal di kalangan remaja[2] dan pelajar sekolah yang melacurkan diri untuk hidup mewah sehingga dijangkiti HIV.[3] Mengapa ini semua terjadi? Kemanakah hilangnya keimanan?
            Gejala keruntuhan akhlak ini terutamanya yang melibatkan remaja telah membarah sejak sekian lama seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya. Banyak sudah tindakan diambil untuk menangani masalah ini.Hasilnya masih ditakuk lama.Undang-undang yang ada nyata gagal menyekat kadar keruntuhan akhlak. Banyak wang telah dihabiskan untuk menjalankan program-program pemurniaan akhlak, seminar-seminar, kursus-kursus motivasi dan lain-lain. Semuanya tidak berjaya menghalang remaja dan orang ramai dari terus bergelumang dengan maksiat dan perlakuan tidak bermoral.  
            Keruntuhan akhlak di kalangan manusia adalah sesuatu yang tidak wajar dipandang sepi atau dianggap sebagai hasil sampingan pemodenan yang dialami oleh negara kita. Kita sebagai warga pendidik wajib merealisasikan pemurniaan akhlak mulia di kalangan kita dahulu sebelum kita melangkah lebih jauh lagi kerana kita mempunyai bidang kuasa yang cukup terhad di samping kekurangan sumber-sumber lain. Semua pihak wajib terlibat dalam berdakwah bukan hanya para alim ulama, ustaz dan ustazah sahaja. Guru-guru wajib menyuruh pelajar-pelajar mereka berakhlak mulia wajib dan berpakaian menutup aurat demi kebaikan kita semua. Pelajar-pelajar wajib menasihati rakan-rakan supaya berakhlak dan berpakaian menutup aurat untuk memartabatkan akhlak Islam kerana kita takut bala yang menimpa umat-umat dahulu kala akan turut menimpa kita. Ingatlah ayat al-Quran yang berbunyi:

اتَّقُوا فِتْنَةً لاَتُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً

Takutlah fitnah yang bukan hanya akan menimpa golongan yang zalim di kalangan kamu semata-mata.(Surah Al-Anfal: ayat 25)   

            Dalam ayat lain, Allah berfirman:
وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي القُرَى إِلاَّ وَأَهلُهَا ظَالِمُونَ
Kami bukanlah pemusnah kampong-kampong kecuali sekiranya penduduknya zalim
(Al-Qasas:59)

   KELEBIHAN-KELEBIHAN BERAKHLAK MULIA
Akhlak keji wajib dibanteras dan akhlak mulia wajar dinobatkan semula dipersada masyarakat sebagai yang selayaknya. Kita memang sedia maklum akan kesan buruk yang akan timbul akibat perbuatan keji manusia yang sememang ada disebut dalam al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi. Kita berasa cukup takut apabila membaca kisah-kisah umat dahulu kala yang diazab oleh Allah kerana perbuatan keji dan akhlak buruk mereka. Kita tahu akan kisah Firaun yang ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah kerana kekufurannya kepada Allah. Kita tahu tentang kisah Kaum Lut yang ditelan oleh bumi kerana suka melakukan hubungan luar tabii. Sekiranya akhlak buruk dikutuk dan dilaknat oleh Allah, nescaya akhlak mulia diberi ganjaran yang baik. Akhlak mulia banyak kelebihannya antaranya:                      
2-Akhlak mulia adalah nilai kemanusiaan
Manusia adalah makhluk Allah yang istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk lain yang diciptakan. Manusia dijadikan mempunyai bentuk fizikal yang cantik. Manusia juga diberikan akal fikiran untuk membezakannya daripada haiwan. Selain itu, manusia juga dianugerahkan dengan akhlak. Akhlak mulia merupakan salah satu ciri penting seseorang manusia. Sekiranya manusia kehilangan akhlak mulia yang terhasil dari iman kepada Allah, nescaya hilanglah salah satu ciri kemanusiaan penting kepada seseorang manusia. Sekiranya mereka tidak berakhlak sebagaimana sepatutnya maka status manusia boleh jatuh ke tempat yang lebih buruk daripada haiwan (maksud Surah At-Tin: ayat 4-5) atau lebih hina daripada haiwan kerana mereka tidak menggunakan akal, hati dan pancaindera mereka untuk berfikir tentang Allah sebagai Tuhan mereka yang sebenar (maksud ayat 179: Surah Al-A’raf).
Allah Taala memuliakan manusia sekiranya mereka berakhlak mulia. Buktinya firman Allah yang berbunyi: Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai pekerti yang mulia (maksud ayat Surah Al-Qalam: ayat 4). Takwa merupakan kemuncak kepada akhlak mulia dan Allah menilai manusia berdasarkan sifat takwa. Firman Allah Taala: Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertakwa (Surah Al-Hujurat: ayat 13). Allah Taala memuji Nabi Muhammad SAW kerana Baginda SAW berakhlak mulia. Allah menyukai akhlak mulia dan memuji mereka mempunyainya. Ikram (kemuliaan) yang diberikan oleh Allah itu merupakan kemuncak tertinggi nilai seseorang manusia. Tiada kemuliaan lain yang lebih tinggi daripada kemuliaan anugerah Allah ini.
Justeru, mari kita bersama-sama menghiasi diri kita dengan akhlak mulia dan membuang akhlak keji supaya kita akan mendapat ganjaran yang tidak terhingga di sisi Allah. Tidak ada ruginya berakhlak mulia kerana Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya berakhlak mulia. Wallahu a’lam.



[1] Harian Metro,1 Jan 2006.
[2] Ibid, 15 Januari 2006.
[3] Harian Metro, Ahad 22 Jun 2008.