Siri Hadis-Hadis Tentang Peristiwa-Peristiwa Akhir
Zaman-1
UMAT ISLAM AKAN
MENGIKUT
JEJAK LANGKAH
YAHUDI DAN NASRANI
عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ
الخُدْرِيِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا
بِشِبْرٍوَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي حُجْرِ ضَبٍّ
لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ ؛ قُلْنَا: يَارَسُولَ الله (ص) اليَهُودُ وَالنَّصَارَى؟
قَالَ: فَمَنْ؟
(رواه مسلم)
1-Pengertian
Hadis
Dari Abu Said
al-Khudri RH katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu
sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke
lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami
bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Riwayat Muslim no:
2669)
2-Huraian
hadis
Hadis ini meramalkan apa yang akan berlaku kepada
umat Islam di akhir zaman. Mereka akan mengikut jejak langkah Yahudi dan
Nasrani sedikit demi sedikit sehingga ke lubang biawak pun mereka akan mengikut
kedua-dua golongan ini. Menurut Imam Nawawi (شبرا وذراعا) dan (حجر ضب)
merupakan tamsil atau perumpamaan (analogy) menunjukkan permuafakatan yang amat
rapat dengan idea-idea, cara-cara atau
pemikiran mereka [Syarh Sahih Muslim li Al-Nawawi (166/16)]. Ertinya
mereka bersetuju dengan maksiat dan perselisihan tetapi bukan bersetuju dengan
kekufuran Yahudi dan Nasrani. Menurut Imam Nawawi lagi hadis merupakan mukjizat
Nabi SAW kerana apa yang dikhabarkan oleh Baginda SAW semuanya menjadi
kenyataan sekarang.
3-Peristiwa
Semasa
Sekiranya kita perhatikan apa yang berlaku di
kalangan umat Islam dewasa ini, kita akan dapati memang telah berlaku satu trend
di mana umat Islam akan mengikut Yahudi dan Nasrani ini. Umat Islam akan
mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam segenap segi kehidupan mereka
sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial atau akhlak. Bahkan umat Islam akan
bersetuju, berlapang dada atau suka dengan apa-apa yang disuarakan oleh Yahudi dan
Nasrani dalam kehidupan mereka sekali pun dalam menangani masalah umat Islam
sendiri.
Dalam soal
politik umpamanya, orang Islam lebih cenderung mengikut idea-idea politik Barat
daripada sirah Nabawiyyah dan sejarah tamaddun Islam. Mereka terpengaruh dengan ’kecanggihan Barat’
dalam bidang politik. Mereka merasa sekiranya mereka tidak mengikut Barat
mereka akan ketinggalan dan dipandang mundur. Mereka sebenarnya telah
terpengaruh dengan Fahaman Modernisme yang dicanang oleh orientalis Barat yang
anti kepada Islam. Apabila runtuhnya hegemoni politik Islam dengan keruntuhan
Kesultanan Turki Othmaniah, mereka semakin rancak mengobarkan fahaman mereka.
Mereka mahu menguasai dunia dengan ideologi-ideologi mereka yang sesat dan
menyesatkan itu.
Macamana dikatakan sesat dan menyesatkan? Ideologi
atau fahaman moden sesat kerana ideologi moden meminggirkan al-Quran dan Sunnah
sebagai rujukan mereka. Ingatlah firman Allah yang berbunyi:
وَمَن يَبتَغِي غَيرَ الإِسلاَمِ دِينًا وَهُوَ فِي
الآخِرَةِ مِنَ الخَاسِرِينَ ()
Usaha mereka dewasa ini untuk menguasai dunia
dengan ideologi mereka menjadi lebih mudah kerana anak-anak umat Islam dihantar
untuk di negara-negara Barat untuk memperoleh ijazah, sarjana atau Doktor
Falsafah dalam bidang tertentu. Mereka boleh meracuni minda pelajar-pelajar
kita yang kita hantar belajar dibawah pengawasan mereka. Pucuk dicita ulam
mendatang. Daging ayam diberikan kepada musang. Mereka menggunakan kesempatan
ini untuk menerapkan fahaman mereka dengan berselindung disebalik slogan yang
canggih seperti ’Kemakmuran, pembangunan, kecanggihan, kemodenan dan lain-lain.
Sebenarnya tujuan penghantaran mereka belajar di
sana tidak lain tidak bukan ialah untuk memanfaatkan ilmu-ilmu Barat untuk
memajukan negera Islam. Tujuannya nampak baik tetapi malangnya anak-anak
Islam ini tidak diajar dengan agama Islam yang kukuh sehingga mereka berasa
tidak ada apa salahnya dengan ilmu-ilmu Barat ini dan mereka menelan
bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh pensyarah mereka tanpa menilai
kesesuaian ilmu-ilmu Barat itu dengan Islam. Inilah kesilapan pertama ibu-bapa anak-anak kita yang dihantar belajar di
Barat.
Anak-anak kita yang belajar di sana memang cerdik.
Mereka belajar teori-teori politik Barat dan mengambil idea-idea politik Barat
semuanya sama ada yang bersesuaian dengan Islam atau pun tidak untuk mentadbir
negara umat Islam. Malangnya mereka tiada asas agama yang kuat untuk membezakan
di antara kebenaran dan kebatilan. Ideologi-ideologi Barat seperti sekularisme,
sosiolisme, komunisme, liberalisme, pluralisme, pragmatisme dan banyak lagi
isme-isme sesat lain untuk diterapkan, ditanamkan dan dipaksakan ke dalam diri
umat Islam untuk ditelan oleh mereka tanpa menilai sama ada isme-isme itu
sesuai atau pun tidak dengan Islam. Akibatnya, lahirlah tokoh-tokoh
tertentu dari kalangan umat Islam yang terpukau dengan kilauan ilmu dan
kemajuan Barat sehingga mereka berasa bahawa Barat adalah segalanya.
Mereka memaksa kerangka sejarah Eropah kepada
masyarakat Islam. Mereka berasakan bahawa umat Islam hanya akan maju dengan
mengikut cara Eropah. Eropah menjadi sekular dengan menolak kristianity, mereka
juga berasakan umat Islam wajar menghadkan pengaruh agama kepada orang Islam
sedangkan Eropah dan Islam bagaikan langit dan bumi. Sepatutnya mereka sedar
bahawa penduduk Eropah yang beragama Kristian Cuma mengecapi kemajuan setelah
mereka meninggalkan ajaran Gereja yang tidak rasional. Gereja mengongkong
mereka sejak beratus2 tahun. Kenapa Gereja mengongkong mereka? Gereja
disebabkan jauh dari petunjuk Ilahi, ajarannya telah jauh terseleweng dari
syariat Isa Alaihi Salam. Sedangkan umat Islam semakin kuat mereka berpegang
kepada Islam semakin maju mereka.
Kelahiran tokoh-tokoh cerdik pandai yang memegang
title Dr. dan sebagainya dalam bidang agama dan lain-lain memukau umat Islam
yang kurang ilmu. Sekilas pandang nampaknya bagus kerana kita ada pakar2 agama
yang bertaraf professor dan professor madya. Mereka yang kurang ilmu terus akan
terpukau dengan PhD mereka. Rupa-rupanya mereka ini berfahaman Liberal atau
sekular. Itulah malangnya. Inilah apa yang berlaku di negara jiran kita. Mereka
akan mengelirukan bahkan mungkin menyesatkan umat Islam dengan fahaman sesat
mereka. Nampaknya umat Islam tak habis2 terkena musibah. Musibah pertama
musibah kejahilan dan kesilapan politik yang timbul dari sifat tamakkan kuasa.
Pemimpin umat Islam bergaduh sesama sendiri menyebabkan penjajah Barat masuk
menjajah kita. Umat ditipu oleh penjajah Barat sehingga tergadai tanah air.
Semua ini berlaku kerana perasaan tamak kepada
kuasa. Kesan perasaan tamak cukup berat. Kesan perasaan tamak kedapatan di
mana2 dalam sejarah umat Islam. Kerajaan Islam Andalusia jatuh kerana perasaan
tamak. Muslim berperang sesama sendiri menyebabkan musuh menyerang dan
menakluki Andalusia selepas 800 tahun bertapak di sana. Kesan-kesan tamaddun
Islam masih lagi kelihatan di sana. Masjid-masjid ditukar menjadi gereja.
Ayat-ayat Al-Quran yang menjadi hiasan di masjid2 tersebut masih kelihatan di
dinding-dnding gereja tersebut. Akibatnya semua orang Islam dihalau atau
dibunuh dari Asbania (Nama Islam kepada Sepanyol). Adakah Umat Islam belajar
dari kesilapan lalu? Tidak! Mereka tak belajar! Di negeri kita pemimpin Islam
bergaduh sesama sendiri menyebabkan penjajah British masuk menjajah.
Musibah kedua pun kerana kejahilan dan terpukau
dengan kelayakan akademik tanpa menilai isi atau substance. Mereka percaya
bahawa segala yang dikata oleh seorang Dr yang ada PhD itu betul semuanya.
Mereka taklid buta dengan dia. Segala apa yang dikatanya diikut membabi-buta
tanpa usul periksa. Itulah musibah kedua.
Seterusnya umat Islam menurut jejak langkah Yahudi
dan Nasrani dalam bidang ekonomi. Mereka mempromosikan sistem ekonomi kapitalis
yang menghalalkan riba. Mereka memperkenalkan system jahiliah yang
bercanggah dengan Islam. Mereka menggadai agama mereka demi kemodenan. Bagi mereka system barat system yang maju
dan canggih walau pun bercanggah dengan Islam. Haram hukumnya umat islam
mengatakan sistem kapitalis Barat itu halal kerana sistem kapitalis Barat
memang bercanggah dengan ajaran Islam. Alhamdulillah di negara kita telah ada
sistem perbankan Islam tetapi di manakan sistem perbankan Islam sebelum tahun
80an?
Dalam bidang sosial-budaya pula, mereka menelan
system sosial barat untuk dipaksakan kepada umat Islam. Mereka menggalakkan
fahaman individualis bertapak dalam masyarakat. Apakah dia fahaman
individualis? Fahaman mementingkan individu tidak masyarakat. Orang Islam mula
bersikap individualistik. Mereka Cuma pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan
masyarakat sekiling. Sikap individualistik ini merupakan pengaruh Barat.
Golongan umat Islam terdedah dengan ilmu-ilmu dan
kemajuan Barat. Mereka cuba memajukan negeri mereka sebagaimana kemajuan Barat.
Mereka memuja Barat melebihi kagum mereka terhadap Islam itu sendiri dek kerana
ceteknya ilmu agama mereka sedangkan Islam itu telah sempurna sebagaimana
firman Allah:
اليَومَ أَكمَلتُ لَكُم دَينَكُمْ وَأَتمَمتُ عَلَيكُم
نِعمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسلاَمَ دِينًا
Umat Islam marhain yang tidak begitu pendidikan menjadi
keliru. Sistem Barat sebenarnya asing kepada umat Islam. Pendidikan Barat
adalah sekular iaitu pendidikan yang terpisah dari ruh agama. Agama dianggap
sebagai hak individu. Kalau diberi ruangan yang lebih besar pun, Cuma
melibatkan juzuk-juzuk tertentu dalam kehidupan sahaja. M
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ(ص): بَدَأَ
الاِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُودُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا فَطُوبَى
لِلْغُرَبَاْءِ
(رواه
مسلم)
(Riwayat Muslim no: 145)
Menurut Qadhi Iyadh Rahimahumullah,
makna (غريبا) di sini sebagaimana riwayat Ibnu Abu Uwais
dari Imam Malik RH ialah Islam bermula di Madinah dan akan kembali ke sana . Berkata Qadhi Iyadh
RH lagi, makna zahir hadis ini ialah Islam bermula dengan individu-individu
tertentu yang sedikit. Kemudian, Islam berkembang dan mengalami kemerosotan
sehingga yang tinggal hanyalah pengikutnya yang sedikit. Mengenai makna (الغرباء) pula, al-Harawi[1]
menafsirkannya sebagai golongan Muhajirin yang berhijrah meninggalkan tanah air
mereka kerana cintakan Allah Taala.
hadis ini ialah Islam akan menjadi asing
sebagaimana asingnya Islam ketika Nabi Muhammad SAW mula menyebarkannya
dulu. [Syarh Sohih Muslim (334/2)]
3-Sasaran
Serangan Yahudi & Nasrani Kepada Masyarakat Islam
3.1 Fahaman Pluralisme Agama-Sasaran: Pemimpin-Pemimpin Umat Islam. Akibat: Mereka menganggap agama semuanya sama
sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang Dia redhai. Firman
Allah:
اليَومَ أَكمَلتُ لَكُم دِينَكُمْ وَأَتمِمتُ عَلَيكُم
نِعمَتِيْ وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسلاَمَ
دِينًا
Pada
hari ini Aku sempurnakan agama kamu, Aku cukupkan nikmat-Ku
Ke atas
kamu dan AKu redha Islam sebagai agama
Di Malaysia perjuangan IFC
(Interfaith Commission) wajar ditentang habis-habisan. IFC ialah gabungan yang
dianggotai oleh wakil agama2 di Malaysia
seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain2. Mereka menuntut layanan sama rata
daripada kerajaan. Yang malangnya
ada juga NGO melayu Islam yang menyertai forum IFC ini.
3.2
Fahaman Liberalisme-Sasaran: Golongan Professional seperti doktor, Lawyer, Arkitek, guru dll. Kesan: Mereka yang tidak ada asas agama yang kuat akan
terpengaruh dan mereka akan bersikap liberal (longgar) terhadap ajaran agama.
Mereka juga mungkin akan memberi tafsiran baru kepada agama. Contohnya: Hukum
menutup aurat mereka akan katakan bahawa menutup aurat bukan aurat yang kita
fahami tetapi menutup minda dari unsur-unsur yang merosakkan umpamanya. Mereka
cuba menyesuaikan agama dengan kehidupan moden. Contohnya: Mereka terpengaruh
dengan gerakan wanita seluruh dunia, mereka akan menyeru supaya hukum faraidh
yang memberi anak lelaki 2 bahagian dan anak perempuan 1 bahagian dimansuhkan
dan anak lelaki dan perempuan mendapat bahagian yang sama dari harta pusaka.
Contoh NGO yang aktif memperjuangkan idea-idea persamaan di antara lelaki dan
wanita ini ialah Sisters In Islam. Sisters In Islam ini merupakan contoh Islam
Liberal di Malaysia.
3.3 Budaya Hedonisme-Apa dia Hedonisme ini? Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: hēdonismos:
kemeriahan atau hēdonē: keseronokan). Hedonisme merupakan
fahaman falsafah bahawa keseronokanmerupakan
matlamat utama dalam hidup. Hedonisme kini telah menular di kalangan remaja
bukan saja di dalam negara malaysia, malah masalah ini telah menjadi masalah di
peringkat global dan masih lagi dipandang enteng oleh pihak-pihak berkuasa.Sasaran: Golongan Remaja. Remaja disogokkan dengan hiburan yang melampau menyebabkan
mereka jauh dari agama. Kesannya: Menyebabkan mereka lalai dari matlamat hidup mereka. Mereka mengejar
hiburan ala Barat yang bukan menghiburkan malahan menjauhkan mereka dari Allah.
Firman Allah Taala:
أَلاَ بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلُوبُ
Hati mereka menjadi kosong dari ketenangan dan
sakinah. Kerana hiburan Barat bukannya menghibur dalam erti kata yang sebenar.
Hati mereka menjadi semakin gelisah. Mereka hilang hala tuju. Mereka
tercari-cari cara hidup yang sebenarnya. Kerana itulah kes-kes bunuh diri di
negara2 Barat semakin meningkat.
3.4 Masalah Khilafiah. Sasaran: Golongan Agama atau mereka yang minat kepada
agama. Kesan: Masyarakat akan kucar-kacir dan
berpecah-belah. Penyelesaiannya: Adalah menjadi tugas kerajaan adalah untuk
membanteras gejala-gejala yang boleh memecah-belahkan masyarakat. Elakkan diri
dari berbincang tentang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak
iaitu para ulama. Biarlah golongan agama dan ulama sahaja yang berbincang
tentang perkara2 khilafiah ini kerana mereka lebih pakar. Masalah khilafiah
memang tidak dapat dielakkan dalam Islam kerana banyak sebab.