SUARA DAKWAH
SMK Dato’ Haji Hussein, 34100 Selama, Perak
Bil: 2 Tahun: 1 Tarikh: 18 Jamadilawal 1429H/23hb Mei
2008
Oleh: Ahli Jawatankuasa Dakwah & Kebajikan, SMK
Dato’ Hj. Hussein, 34100 Selama, Perak
|
AKHLAK MULIA & KELEBIHAN-KELEBIHANNYA
Saudara-saudariku muslimin
muslimat & anak-anak yang dirahmati Allah sekalian..
Kita bersyukur
kepada Allah SWT kerana pada hari Jumaat ini
kita masih diberi-
-kan peluang oleh Allah SWT untuk terus
menyedut udara segar di atas bumi Allah yang fana ini. Kita bersyukur
kepada-Nya kerana melimpahkan kurnia kepada
kita dengan limpahan kurnia yang tidak terhingga. Kita diberikan rezeki yang
cukup banyak. Kita diberikan ilmu
pengetahuan dan akal yang dapat menilai antara yang baik dan yang buruk. Kita
dianugerahkan dengan Iman dan Islam. Amma ba’d.
Ikhwani muslimin dan muslimat…
Islam
datang dengan sistem akidah, syariah dan akhlak yang cukup canggih menjangkau
kemampuan akal manusia untuk memikirnya. Ketiga-tiga komponen ini amat penting
untuk membentuk keperibadian muslim yang akan mendapat al-Falah (kejayaan) di
dunia dan di akhirat.
Akhlak ialah perkataan Arab yang berasal daripada kata “khuluk” (kata tunggal)
sementara akhlak ialah kata majmuknya. Dari
segi bahasanya akhlak boleh ditakrifkan sebagai “maruah, adat, watak, tabiat
semulajadi dan lain-lain”.[1]
Menurut Kamus Dewan pula, akhlak ialah “budi pekerti, kelakuan dan tabiat
manusia”.[2]”Khuluk
termasuk sifat semulajadi, tabiat, maruah, agama atau ringkasnya gambaran batin
seseorang”[3] Menurut
Ibnu Athir dan Imam al-Ghazali RH, kata “khuluk” ialah “gambaran
batin seseorang termasuk jiwa, inspirasi, kehendak dan sebagainya. Sementara
kata “khalqu” pula ialah ‘gambaran luaran yang boleh
dilihat dengan mata kasar”.[4]
Dari segi istilah pula, akhlak bermaksud “sempurna nilai
dan sifat yang
sebati
dalam
diri seseorang”. Menurut al-Ghazali pula akhlak “bukan pengetahuan atau
kebolehan untuk melakukan sesuatu dan bukan juga baik atau buruk itu sendiri
tetapi gambaran kejiwaan yang menjadi punca wujudnya tingkah laku.”[5]
Menurut Syeikh Abu Bakar al-Jazairi, akhlak ialah
suatu sikap yang melekat da-
-lam jiwa
seseorang yang melahirkan perbuatan-perbuatan berdasarkan kemahuan dan pi-
-lihan
baik dan buruk,terpuji dan tercela. Akhlak melekat menjadi tabiat jiwa kerana
pengaruh pendidikan baik dan buruk.[6] Secara
ringkasnya, akhlak merangkumi 3 unsur. Sekiranya terkurang salah satu
daripadanya, 3 unsur itu tidak dinamakan akhlak.Tiga unsur itu ialah:
i)
Keadaan Jiwa yang membentuk perilaku
seseorang
ii)
Perbuatan zahir yang lahir hasil
kemahuan seseorang
iii)
Perbuatan itu berterusan sehingga
menjadi kelaziman
Apabila jiwa
seseorang dididik mengutamakan
kebaikan, kebenaran dan sayang
akan yang makruf, senang kepada kebaikan,mencintai yang
terpuji dan membenci yang tercela ,maka sifat-sifat itu menjadi tabiat bagi
jiwa, yang melahirkan perbuatan-perbuatan baik dengan mudah tanpa paksaan.Orang
itu dikatakan berakhlak mulia. Begitulah sebaliknya yang akan melahirkan akhlak
yang jahat pula.
Kelebihan-Kelebihan Berakhlak Mulia
Akhlak mulia
terlalu banyak untuk disebut di sini. Kita akan membincangkan contoh-contoh
akhlak mulia dalam keluaran yang akan datang insya Allah. Fokus perbincangan
kita kali ini ialah kelebihan-kelebihan berakhlak mulia. Antara kelebihan
berakhlak mulia ialah:
1) Akhlak mulia ialah cerminan iman
Iman ialah
intipati ajaran Islam yang dibawa oleh para nabi dan rasul sejak zaman
berzaman.Iman adalah penggerak segala kebaikan.Sekira kita ada iman kita akan
berasa takut untuk melakukan dosa kerana kita percaya adanya pembalasan azab
yang akan kita terima disebabkan dosa kita itu.Kita akan melakukan kebaikan
sebagaimana yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya kerana kita mengharapkan
balasan baik yang dijanjikan kepada orang-orang baik. Sekiranya seseorang itu
berakhlak mulia, itu tandanya kesempurnaan imannya.Oleh sebab itu, Islam
terlalu mementingkan akhlak mulia.Banyak ayat al-Quran dan hadis yang
menggambarkan kepentingan akhlak mulia.Antaranya ialah firman Allah yang
berbunyi:
Ertinya:Wahai
orang-orang mukmin, bertakwalah kepada Allah dan
hendaklah kamu berada bersama orang-orang yang
benar.[7]
Dalam satu riwayat, Rasulullah
telah ditanya siapakah yang paling sempurna imannya (أَي المؤمن أكمل إيمانا). Baginda SAW menjawab: Orang yang
paling sempurna akhlaknya (Hadis Riwayat
At-Thobrani)[8]
Kesimpulannya, marilah kita
bersama-sama menghiasi diri kita dengan hiasan akhlak mulia sebagaimana contoh
yang telah ditunjukkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Marilah kita berusaha
sedaya upaya kita mengikis sikap buruk sedikit demi sedikit dan akhirnya kita
berjaya membuang perangai buruk yang mungkin ada. Marilah kita ingat bahawa
ganjaran untuk mereka yang berakhlak mulia amatlah besar. Tidak ruginya
berakhlak mulia. Keuntungannya bukan hanya setakat di dunia malah menjangkaui hingga
ke akhirat. Akhlak mulia dikaitkan dengan iman. Sekiranya kita terlalu malas,
senyum pun sudah memadai kerana senyum pun memberikan pahala kepada kita
(maksud hadis). Alangkah pemurahnya Allah. Sekiranya kita berdakwah kepada
orang lain untuk beramal dengan agama Islam, pahalanya akan berganda. Orang
menunjukkan jalan kebaikan, pahalanya seperti mengamalkannya (maksud hadis). Fikir-fikirkanlah
saudara-saudariku dan marilah kita bersama-sama mengamalkannya…wallahu a’lam.
Wassalam.
Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka
yang paling baik akhlaknya
-maksud hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi
dan Ahmad
[1] Qamus
al-Munjid, 1997M.Hal:195
[2] Kamus
Dewan (Edisi Ke-3), 2002.Hal:21
[4] Ibid,
Hal:10
[5] Ibid,
Hal:11
[6] Minhaj
al-Muslim (Terjemahan),1992M, Hal:233
[7] Al-Quran
Surah At-Taubah ayat 119.
[8] Kitab
At-Targhieb wa at-Tarhieb min al-Ahadieth asy-Syarief oleh Imam al-Hafiz
al-Munziri,. Jilid 3 hlm.409.